Pelakon dan penerbit, Sheila Rusly, mencuri perhatian ramai apabila berkongsi mengenai hubungannya dengan ibu mentua.

Artikel Berkaitan: Elisya & Beatrice Selalu Lepak Dalam Bilik Sheila Rusly, Netizen Suka Tengok ‘Bonding’ Mentua & Menantu

Artikel Berkaitan: Sheila Rusly Suka Menantu ‘Request’ Makanan, Sedia Masak Apa Sahaja Permintaan – ‘Saya Suka Tanya Teringin Nak Apa Tak?’

Lebih rapat dengan ayah mentua

Menerusi satu hantaran di Threads, pelakon, Sharifah Shahora tampil mempersoalkan punca sebenar yang sering menjadi penyebab kepada konflik dan salah faham antara mertua dan menantu.

Saya tak ada mertua dan saya belum ada menantu, anak masih belajar.

Cuma banyak saya baca luahan pasal hubungan ini.

Mertua to menantu, hubungan yg boleh jadi sangat rapat, kadang-kadang mencabar jugak.

Tapi kenapa selalu ada salah faham antara mertua dgn menantu?

Apa punca sebenarnya, iri hati tak puas hati atau busuk hati?

Hantaran tersebut menarik perhatian Sheila, 54, yang berpandangan bahawa setiap individu mempunyai pengalaman berbeza dalam hubungan dengan keluarga mentua, malah tidak semestinya hubungan yang baik dilaluinya turut dirasai oleh orang lain.

Salah tu, awak ada mentua tapi dah meninggal beb, awak dengan mak mentua dulu ok kan?

Tak ada isu busuk hati iri hati atau tak puas hati betul?

Lain padang, lain belalang.

Kalau kita ok, tak bermakna yang lain pun okey.

Dalam pada itu, Sheila turut mengakui dia tidak terlalu rapat dengan ibu mentuanya, sebaliknya mempunyai hubungan yang lebih akrab dengan bapa mentua.

Saya tak rapat dengan mak mentua, bercakap pun kurang.

Lebih rapat dengan ayah mentua.

Tak ada istilah iri hati, cuma kurang chemistry.

Sumber: Threads