Semalam kecoh di laman sosial media bila pelakon Pi Mai Tang Tu, Mat Over menampar penerbit terkenal, David Teo. Semua itu terjadi malam semalam di program dialog TN50 bersama Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni (Budayawan), di Dewan Bankuet, Seri Perdana, Putrajaya.
Sebelum kejadian, David Teo sedang bertanyakan soalan pada Datuk Seri Najib Tun Razak. Tiba-tiba Mat Over muncul dari belakang pentas dan terus meluru ke David Teo. Menurut Mat Over, dia tak menyesal dengan tindakan menampar pemilik Metrowealth International Group (MIG) itu.
‘Saya tak menyesal..’
Berhubung dengan kejadian semalam, Mat Over mempersoalkan tindakan David Teo bercakap kasar dengan Perdana Menteri. Tambahnya lagi, dia tak rasa kesal menampar David Teo dan tujuannya adalah untuk beri pengajaran.
Saya tak rasa tindakan saya itu keterlaluan. Saya lakukan perkara itu hanya untuk memberi dia pengajaran terutama sekali bila berada didepan Perdana Menteri juga tuan rumah pada acara tersebut.
Saya tak menyesal dengan apa yang saya lakukan pada David kerana dia tidak hormat Perdana Menteri dan Datuk Rosyam Nor sebagai moderator. Sebagai orang Malaysia, kita harus ada adab dan rasa hormat.
Walaubagaimana pun selepas itu Mat Over dan David Teo ambil keputusan untuk berdamai. Mat Over juga berkata dia berbuat demikian atas dasar profesional.
Sumber: NST