berita

‘Saya Tak Sedia Jumpa Sebab Awak Lain Sayang’ – Nabila Huda

July 13th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pelakon, Nabila Huda mendedahkan suaminya, Mohd Izwan Johar, 32, pernah menolak dari berjumpa dengannya selepas selesai penggambaran bagi filem seram berjudul Rahsia.

Artikel Berkaitan: Demi Usaha Dapatkan Cahaya Mata, Nabila Huda Beli Pil Bantu Hamil Di London

Terasa ada ‘something’

Ketika ditemui OhBulan!, Nabila atau nama sebenarnya, Nabila Huda Suhaimi, 39, berkata suaminya berasa tidak selesa untuk berjumpa kerana merasakan seperti ada ‘sesuatu.’

Selepas dua minggu saya selesai penggambaran di rumah tersebut, saya rindu dengan suami jadi saya jumpa dia. Tetapi dia kata seperti tidak selesa dengan saya.

Dia kata dia tidak selesa untuk berjumpa dengan saya sebab dia rasa saya ‘lain’, sangat ‘lain’. Dia minta maaf pada saya dan berharap saya tidak kecil hati dengan permintaannya itu.

Tetapi saya langsung tidak kecil hati sebab saya tahu saya ‘lain’ waktu itu.

Nabila berkongsi perkara tersebut pada sidang media filem Rahsia yang diadakan di DADI Cinema Pavillion Kuala Lumpur pada petang Rabu.

Mengulas lebih lanjut, pelakon filem Munafik itu mengakui bahawa dia merasakan seperti ‘roh’ watak yang dijayakannya itu seakan-akan ada dalam dirinya sepanjang tempoh penggambaran dilakukan di rumah tersebut.

Macam saya cakap tadi, bila saya duduk di rumah tu saya rasa seperti ‘roh’ watak itu ada dalam diri saya.

Saya dah set up barang-barang seperti katil, meja kayu untuk mekap sambil dengar runut bunyi filem.

Sebelum masuk set saya duduk je saya ambil mood sehinggakan tak layan pelakon-pelakon lain. mereka mekap di belakang, seronok-seronok di belakang saya tetap tak layan dan terus duduk depan cermin (meja mekap).

Filem Rahsia

Filem Rahsia pada tahun 1987 merupakan filem seram pertama yang dinobatkan sebagai pemenang Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-7 (FFM7). Bukan itu sahaja, filem yang diarahkan pengarah terkenal, Othman Hafsyam ini juga berjaya membolot tujuh anugerah dalam kategori lain yang dipertandingkan pada ketika.

Legasi Othman dilihat bakal diteruskan apabila anaknya sendiri, Shamyl Othman mengarahkan versi reboot filem Rahsia ini dengan memberikan nafas baharu di samping mengekalkan penceritaan asal.

Filem Rahsia ini dibintangi barisan pelakon hebat seperti Nabila Huda, Fikry Ibrahim, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, Eman Manan dan ramai lagi.

SKIP THIS AD ×