Tiada angin tiada ribut, penyampai radio, Fizi Ali dilihat memuat naik status ‘marah’ di Instagram Story miliknya, semalam. Posting tersebut dipercayai ditujukan khas kepada bekas isterinya iaitu Shakilla Khoriri.
Artikel berkaitan: ‘Aku Tak Nak Buka Mulut Sebab Jaga Aib Kau!’ – Fizi Ali Mengamuk Dengan Shakilla Khoriri, Beri Amaran Jangan Cabar Kesabaran
Terbaru, Shakilla memberitahu hubungannya dengan Fizi berada dalam keadaan yang baik.
Tak tahu pasal status Fizi
Menurut Shakilla, dia tidak tahu mengenai status yang dimuat naik oleh bekas suaminya itu. Tambah Shakilla, dia enggan memberi sebarang komen mengenai hal tersebut.
Saya minta maaf ya. Saya tak tahu apa-apa. Boleh tanya dia sendiri. Saya pun tengah busy shooting sekarang ni. Ada ramai orang yang kongsi pasal status dia ni. Saya tak nak komen apa. Saya pernah cakap yang saya tak nak komen apa dah pasal saya dengan Fizi. Sebab saya rasa kami baik-baik je.
Terdahulu, Fizi berang terhadap bekas isterinya dan mendakwa wanita itu telah mencabar had kesabarannya. Kata Fizi, selama ini dia sebaik mungkin menjaga aib namun makin hari makin melampau perbuatan bekas isterinya itu. Sehingga kini, masih ramai yang tertanya-tanya mengapa Fizi memuat naik posting tersebut dan apa sebenarnya yang berlaku di antara mereka berdua.
Sumber: Astro Gempak