Jika pagi semalam OHBULAN! ada mengeluarkan laporan dari sebuah akhbar tempatan mengatakan kononnya penyanyi pop terkenal, Datuk Jamal Abdillah bakal merisik Nas Adila sebagai permaisuri hidupnya, akan tetapi lain pula kenyataan yang dikeluarkan oleh penyanyi wanita itu lewat petang semalam.
Artikel Berkaitan :
Bercakap menerusi laporan Utusan Online, Nas telah melahirkan rasa terkejut dan menegaskan bahawa dia langsung tidak tahu mengenai hal tersebut.
Saya masih terkejut sebenarnya apabila orang mengaitkan kononnya kami sedang bercinta dan saya bakal dirisik Jamal. Sungguh, saya tidak tahu pula mengenai hal merisik ini.
Kalau benar itu akan berlaku (acara merisik), saya perlu mengenali dirinya dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
Nas Adila kagum dengan Jamal
Namun begitu, Nas akui merasa kagum dengan Jamal dan menyifatkan penyanyi tersebut sebagai seorang lelaki yang sempurna di matanya.
Jamal seorang lelaki sempurna di mata saya. Dia sangat bertanggungjawab kepada anak-anaknya. Ketika ini dia memang memerlukan kehadiran seorang suri di hati untuk menjaganya.
Untuk makluman, Nas mula rapat dengan Datuk Jamal sekitar April lalu dan penyanyi wanita itu pernah diundang sebagai penyanyi jemputan sewaktu Konsert Extravaganza Jamal Abdillah yang diadakan di Istana Budaya pada 30 Mei hingga 2 Jun lalu.
Apa pun di sini OHBULAN! ingin kongsikan beberapa koleksi foto Nas Adila untuk tatapan anda semua.
Kredit Foto : Facebook Nas Adila