Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan dilaporkan ‘hilang’ ketika nyenyak tidur di dalam bilik sebelum mayatnya ditemui di dalam timbunan sampah berdekatan rumahnya.
Rupa-rupanya, si bapa merupakan dalang di sebalik kematian si kecil itu. Lebih mengejutkan apabila lelaki dari Indonesia itu berpura-pura bimbang dan menyertai keluarga membaca surah Yasin 41 kali dan ayat Kursi 110 kali, sebagai ikhtiar mencari bayinya yang hilang.
Bayi tiga bulan dibunuh bapa
Foto: Suspek dan isteri buat ritual tabur beras
Suspek, Mohammad Sholeh Ika Saputra yang berusia 20 tahun itu juga melakukan ritual menabur beras yang dicampur kunyit dan garam di sekeliling rumah kononnya mahu membantu pencarian bayinya, Naura. Tetapi siapa sangka, itu hanyalah helah suspek bagi menutup kesalahannya.
Tindakan kejam suspek hanya terbongkar selepas suspek mengaku membunuh si kecil itu dengan cara menekup dengan bantal sehingga mangsa lemas dan tidak bernafas. Mayat si kecil itu kemudian ditemui dalam timbunan sampah di tebing sungai Kampung Kaliampo, Margorejo di kota Pati, Jawa Tengah iaitu kira-kira tiga kilometer dari kediaman suspek.
Kami terkejut kerana sebelum ini dia melaporkan anaknya hilang dan saya juga melihat dia berkumpul dengan keluarga membaca doa supaya anak ditemui.
Bapa tekup muka bayi dengan bantal
Foto: Mangsa, Naura
Semasa soal siasat, suspek memaklumkan dia agak emosi dan terganggu dengan tangisan bayinya namun dia kini menyesal dengan tindakannya itu.
Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan tindakan spontan menekup anak yang kecil dengan bantal hingga meninggal.
Difahamkan, ketika kejadian, berlakunya pertengkaran antara suspek dan isterinya kerana wanita itu memberitahu kurang selesa kerana tinggal di rumah ibu bapa suspek selain menuntut perceraian.
Menurut penduduk kampung, suspek yang berkahwin muda itu tidak bekerja dan masih hidup di bawah tanggungan ibu bapa yang berniaga di pasar.
Sumber: Tribunnews