berita

‘Saya Telah Minta Maaf Kepada Veveonah Mewakili Kerajaan’ – KJ

September 10th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, Veveonah Mosibin meluahkan rasa kecewa dan sedih berhubung kenyataan yang dilontarkan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin terhadap dirinya.

Artikel berkaitan: ‘Saya Kecewa’ – Veveonah

Susulan daripada itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu Khairy Jamaluddin telah bertemu dengan Veveonah dan ibu bapanya untuk memohon maaf bagi pihak kerajaan.

Sempat bertemu Veveonah

YB Khairy Jamaluddin menerusi Twitter rasminya telah bertemu dengan Veveonah dan ibu bapanya di Universiti Sains Malaysia (USM). Khairy Jamaluddin yang dikenali sebagai KJ mengambil kesempatan memohon maaf kepada keluarga itu mewakili pihak kerajaan.

Tambahan, KJ turut mencadangkan untuk Veveonah bekerjasama dengan Yayasan Inovasi demi membangunkan projek inovasi di kawasan pinggir bandar terutamanya kampung pelajar tersebut.

Ini yang terbaik

Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan dan inisiatif yang diambil Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu. Tindakan KJ dipuji ramai dan netizen berterima kasih kepada menteri itu kerana dapat menjernihkan keadaan yang semakin keruh.

Sumber: Twitter Khairy Jamaluddin

SKIP THIS AD ×