berita

“Saya Terima Teguran Seadanya” – Chad Hot FM

October 31st, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, kecoh apabila seorang pengacara dikatakan tidak pandai mengacara majlis sehingga terjerit-jerit dan menyebabkan para hadirin yang datang merasa kurang selesa dan tidak berkenan.

Pengacara yang dimaksudkan ialah Chad, seorang dj radio Hot FM yang OHBULAN! pasti, semua orang sudah kenal kan? Ketika ditemui di majlis sempena Muzik-Muzik 27 yang bertempat di Ecoba Restaurant, kami berjaya mendapatkan penjelasan dari dj radio ini.

“Pertama sekali, saya minta maaf atas perkara yang berlaku sebab itulah cara Chad. Mungkin ada gurauan Chad yang orang tak boleh terima,” ujar Chad.

Kejadian ini berlaku ketika dia mengacarakan rancangan “Battle Of The Band – Bola Kampung” pada awal Oktober ini. Jelas Chad lagi, dia cuba menghidupkan suasana namun mungkin ada yang tersinggung.

“Chad cuba menghidupkan suasana dan dari segi Chad bercakap, kawan Chad sendiri pernah tegur dengan ‘pitch’ Chad yang agak tinggi,” jelas Chad lagi.

Atas perkara yang berlaku, Chad mengambil perkara ini sebagai sesuatu yang positif kerana ini merupakan kali pertama dia menjadi hos untuk rancangan TV.

“Saya terima teguran seadanya dan dalam masa yang sama ini merupakan satu pengajaran dan kali pertama saya ke televisyen.

“Harapnya, saya akan belajar lebih banyak selepas ini. Mungkin sebelum ini Chad tak sedar, sebab itu Chad terbawa-bawa cara ketika di radio ke luar,” tambahnya lagi.

Dalam perkembangan terbaru, Chad kini digandingkan bersama Faiz untuk mengacarakan separuh akhir Muzik-Muzik edisi ke-27. Ditanya adakah dia mahu menjadi pengacara untuk Anugerah Juara Lagu jika diberikan peluang, pantas Chad menjawab, “Insyaallah, kalau diberi peluang, saya nak buat dan ambil cabaran ini. Sebab ini rancangan yang besar dan mungkin satu peluang untuk saya lebih maju.”