Pelakon, Azri Iskandar mengesahkan dirinya bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat dengan seorang penulis skrip yang dikenali sebagai Dr Azra Diera.
Nak cepatkan majlis perkahwinan
Menurut Azri, dia akan bertemu dengan keluarga sebelah perempuan dalam masa dua minggu lagi untuk merisik.
Saya belum ada lagi tarikh kahwin, mungkin dalam masa dua minggu ini saya akan ke Perlis. Saya nak bincang dengan keluarga Azra untuk percepatkan perkahwinan, kalau boleh bulan ini.
Berkongsi detik perkenalan, Azri berkata dia mengenali wanita berumur 43 tahun itu 12 hari selepas bercerai dengan Ellie Suriaty.
Saya jumpa Azra selepas 12 hari bercerai dengan Ellie, itu pun sebab satu projek drama RTM, kemudian saya hubungi Azra untuk bertanya lanjut mengenai skrip drama itu. Daripada situ saya terus tertarik melihatnya dan berterus terang. Rupanya dia juga sukakan saya, kami rancang untuk berkahwin kerana masing-masing dah berusia.
Dalam pada itu, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim menegaskan Azra bukanlah punca rumah tangganya musnah. Katanya lagi, dia membuat keputusan untuk berkahwin dalam masa terdekat berikutan tidak mahu membuang masa dan usia yang semakin meningkat.
Saya nak move on dan tak nak buang masa sebab dah jumpa orang sesuai, tapi perkahwinan ini bukan punca saya bercerai dengan Ellie. Saya dah tua tak reti nak bercinta-cinta, kalau dah jumpa seseorang saya nak terus kahwin.
Untuk rekod, Azri bercerai dengan pengarah dan pelakon Ellie Suriati Omar pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar dan Nur Azreen.