berita

“Saya Tidak Bercinta Pun Dengan Dayana” – Aril

August 7th, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Agak lama kita tidak mendengar kelibat Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus. Boleh dikatakan perjalanan seni Aril sekarang agak perlahan dan itu memang tidak boleh dinafikan lagi. Keadaan yang sama berlaku pada bekas-bekas peserta Akademi Fantasia yang lain juga.

Namun, berita terbaru dari Aril, dia dikatakan sedang bercinta dengan Dayana Roza, bekas peserta Anak Wayang. Namun Aril menafikan tuduhan itu dan menjelaskan perkara yang sebenar kepada portal hiburan Murai.

“Saya tidak bercinta pun dengan Dayana. Orang yang lebih-lebih kenen-kenenkan kami berdua. Sebenarnya, ketika di program Mania, Dayana kerap kali datang menyaksikan persembahan saya kerana dia hadir sebagai kawan. Malah, dia juga adalah pembantu peribadi saya waktu itu.”

Menurut Aril lagi, Dayana Roza pada waktu itu adalah seorang pembantunya yang akan menentukan pakaian apa yang akan dipakainya ketika program Mania sedang berjalan.

“Dia juga adalah orang yang menentukan pakaian apa yang sesuai dipakai oleh saya sepanjang program Mania. Lebih kurang macam stylish saya, dia ni,” ujar Aril kepada portal Murai.

Jadi, kepada peminat diluar sana, kedua-dua selebriti ini masih belum berpunya. Peluang untuk anda masih terbuka luas.

Kredit Gambar : BT Blog

SKIP THIS AD ×