Gara-gara bersalaman dengan artis lelaki dari Thailand di sebuah acara produk penjagaan kulit, nama pelakon, Sharifah Rose menjadi sebutan netizen di media sosial.
Menerusi temu bual bersama pihak OhBulan!, Sharifah Rose berkata dia menyambut salam Bright Vachirawit kerana tidak mahu dianggap biadab.
Tidak berlebihan
Menurut Rose, dia hanya melambai pada masa tersebut dan pelakon itu yang menghulurkan tangan terlebih dahulu.