Pelakon Noniswara Baharudin tampil menjelaskan penggunaan Datin Seri selepas ada seorang individu yang dikenali dengan nama ‘budak jongos’ mempertikaikan gelaran itu di Instagram (IG).
Dalam sijil ada nama saya seorang
Menurut Noniswara, dia bukan isteri kedua seperti yang didakwa dan gelaran itu sah digunakan sepanjang tujuh tahun tempoh perkahwinan dengan Datuk Seri Dr Sheikh.
Saya tidak bermadu dan bukan gila gelaran. Dari suami yang dahulu pun saya sudah bergelar Datin. Apa hairan sangat?
Saya Datin Seri sebab dalam sijil ada nama saya seorang sahaja. Masa ambil pingat pun saya yang bersama.
Noniswara berkata demikian menerusi hantaran di Instagram Stories pada Selasa.
Anak tak terima hakikat
Tambah pelakon drama Kisah Cinta Rumi, penceraian suaminya dengan bekas isteri tidak ada kaitan dengan dirinya kerana mereka sudah lama bermasalah.
Jelasnya lagi, suaminya dan bekas isteri akan bergambar bersama hanya sekadar untuk memenuhi permintaan anak-anak.
Daripada dahulu suami kata dia sudah berpisah. Sebelum saya wujud sudah 10 tahun tidak tidur bersama. Cuma anak-anak tidak boleh menerima hakikat.
Kalau ada gambar bersama pun sebab majlis kahwin anak-anak dan ketika sambutan hari raya ketiga.
Ambil gambar sebab nak jaga hati anak-anak dan suami serba-salah. Mereka mahu tunjukkan kononnya keluarga bahagia.
Dalam pada itu, tegas usahawan terkenal ini, dia bukan meroyan tetapi terpaksa bersuara kerana ‘budak jongos’ sudah bersikap keterlaluan.
Untuk rekod, Noniswara berkahwin dengan seorang ahli perniagaan iaitu Datuk Seri Dr Sheikh sejak tujuh tahun lalu.
Sebelum ini, Noniswara pernah dua kali mendirikan rumah tangga dan hasil perkahwinan pertama dia dikurniakan tiga orang anak.
Sumber: Instagram @noniswara