berita

‘Saya Tidak Dimaklumkan Mengenai Serbuan Itu’ – Perdana Menteri

May 17th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Susulan berita serbuan pihak polis ke rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam mendapat liputan media. Malah, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau tidak dimaklumkan mengenai serbuan tersebut.

Artikel berkaitan: ‘Sebagai Bekas Mangsa Geledah Pada Awal Subuh, Saya Tak Setuju’ – Nurul Izzah

Tun Dr Mahathir mempercayai serbuan tersebut dilakukan selepas pihak polis mempunyai alasan kukuh untuk menyiasat kediaman bekas Perdana Menteri itu di Taman Duta dan di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur.

Polis mempunyai alasan yang kukuh

Saya pun tak dapat maklumat (mengenai serbuan), ini kerja polis. Saya percaya serbuan ini dilakukan kerana polis mempunyai cukup alasan untuk melaksanakannya.

Serbuan pihak polis ke kediaman bekas Perdana Menteri itu kira-kira jam 10.15 malam tadi bersama lebih 15 kenderaan dan trak polis.

Ini tugas dan tanggungjawab polis

Kita beri tugas kepada polis untuk menyiasat semua kes jenayah tanpa mengira siapa yang terbabit dan terpulang pada mereka yang menjalankan penyiasatan untuk bertindak.

Walaubagaimanapun, peguam Datuk Seri Najib Razak, Datuk Harpal Singh Grewal memberitahu pemberita awal pagi ini bahawa beberapa barangan peribadi seperti beg tangan, pakaian serta hadiah dirampas dari kediaman itu.

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×