berita

Saya Tidak Menyebelahi Mana Mana Pihak – Isu Komen Meroyan, Anzalna Tampil Mohon Maaf

August 1st, 2017 | by Shafika
Kini Trending

Minggu lepas kita digemparkan dengan isu rumah tangga Aliff Aziz dan isterinya yang berlaku sedikit salah faham. Akaun Instagram milik Anzalna menjadi mangsa maki hamun apabila netizen mendakwa adik Anzalna, Afifah Nasir sebagai orang ketiga dalam rumah tangga Aliff Aziz.

Anzalna turut membalas komen yang dikatakan tidak beradap itu demi pertahankan adiknya. Tidak tahan dikecam netizen, Anzalna tampil memohon maaf atas keterlajuran dalam komen yang mengguris hati semua peminatnya.

Komen Anzalna

Menerusi komen balas dari pihak Anzalna, dia mendakwa isteri kepada Aliff Aziz sedang meroyan. Komen itu dikecam ramai netizen yang berpendapat Anzalna biadap dan tidak sepatutnya pertahankan adiknya.

Mohon maaf

Ramai netizen datang menghamburkan kata-kata yang kurang elok dan biadap di ruangan komen saya. Sebagai seorang manusia biasa, siapa yang gembira apabila membaca banyak komen negatif yang datang bertubi-tubi?

Perkara itu menjadi satu provokasi dan menimbulkan kemarahan. Apabila dalam kemarahan, ayat yang tidak sepatutnya akan keluar dari mulut kita. Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata kepada semua pihak, termasuk pihak sana

Menerusi perbualan bersama Astro Gempak, , Anzalna bertindak untuk meletakkan akaun Instagram dalam mod privasi adalah bukan kerana takut.

Saya tidak menyebelahi mana mana pihak

Saya tak takut, tetapi saya enggan mengeruhkan lagi keadaan. Saya rasakan tindakan untuk meletakkan akaun Instagram dalam mod private buat masa ini adalah tindakan terbaik dan saya sendiri tidak perlu melibatkan diri dalam perkara ini.

Apa yang boleh saya katakan, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Sejujurnya, saya sendiri rasa gembira melihat Aliff Aziz dan Bella Astillah masih bersama.

Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan baik. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Harap pihak Afifah sendiri mohon maaf lepas ini.

Sumber : Astro Gempak

 

SKIP THIS AD ×