berita

‘Saya Tidak Pernah Memberi Atau Menerima Dadah Daripada Sesiapa’ – G-Dragon Nafi Terlibat Dengan Dadah

November 14th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Sebelum ini, tular mengenai penyanyi rap terkenal Korea Selatan, G-Dragon ditahan polis atas tuduhan penyalahgunaan dadah.

Artikel Berkaitan: Didakwa Terlibat Dengan Penyalahgunaan Dadah, G-Dragon Dipanggil Polis

Beritahu perkara sebenar

Memetik laporan All-Kpop, G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji-yong menyangkal dakwaan mengenai dirinya terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Saya tidak pernah menggunakan dadah dan tidak pernah memberi atau menerima dadah daripada sesiapa, jadi jika ada bahan yang dikesan dalam badan saya, ia adalah mustahil.

Saya hadir secara sukarela ke balai polis kerana saya tidak ada kaitan dengan syak wasangka berkaitan dadah baru-baru ini. Saya hadir untuk membuktikan saya tidak bersalah secepat mungkin.

Menurut penyanyi berusia 35 tahun itu, dia membuat keputusan untuk membuat temu duga bersama ‘NewsPrime’ Yonhap News TV, G-Dragon kerana ingin memberitahu perkara yang sebenar.

Saya mempunyai banyak kebimbangan tentang membuat keputusan untuk membuat temu duga sendiri, tetapi saya memutuskan untuk mengumpulkan keberanian saya untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa saya tidak bersalah dan menyampaikan kebenaran.

Tidak pernah menerima apa-apa

Selain itu, pelantun  lagu ‘Good Boy’ itu menjawab mengenai hubungannya dengan seorang doktor yang membekalkan dadah kepadanya.

Tiada hubungan langsung. Sekali lagi, saya boleh mengatakan bahawa saya tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana dakwaan yang berkaitan dengan jenayah dadah. Jadi, saya boleh katakan itu.

Jika itu kenyataan orang itu, saya tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan, tetapi saya tidak pernah menerima apa-apa daripadanya. Saya pun tidak tahu siapa doktor ini, dan sebenarnya, Saya ingin tahu.

Ramai orang ramai telah menimbulkan syak wasangka tentang G-Dragon kerana cara percakapannya yang berubah dan pergerakan badan yang berlebihan, mempercayai bahawa dia mungkin menggunakan dadah.

Adalah lumrah untuk orang menilai saya berdasarkan penampilan saya di bawah perhatian dalam industri hiburan, kerana ia berbeza dengan cara saya muncul dalam kehidupan seharian saya di tempat tanpa perhatian sedemikian. Namun, Saya benar-benar sedih dengan fakta bahawa situasi ini berkaitan dengan kes dadah.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama G-Dragon terlibat dengan dakwaan penyalahgunaan dadah. Pada 2011 yang lalu, anggota kumpulan Big Bang itu pernah didenda selepas didapati menghisap bahan terlarang jenis ganja di luar sebuah kelab di Jepun.

Walau bagaimanapun, tuduhan tersebut berjaya digugurkan selepas G-Dragon mendakwa dirinya secara tidak sengaja menghisapnya kerana menyangkakan ia hanyalah rokok biasa yang tidak mengandungi bahan terlarang tersebut.

Sumber: All Kpop 

SKIP THIS AD ×