
Pelakon, Uqasha Senrose tampil menjelaskan situasi yang berlaku pada malam 4 November 2021 iaitu sehari sebelum majlis pernikahannya berlangsung selepas tular dakwaan kononnya berlangsung satu majlis penting tanpa kehadirannya.
Artikel Berkaitan: Uqasha Senrose Fail Cerai Terhadap Kamal Adli, Bukan Kerana Orang Ketiga?
Artikel Berkaitan: ‘Selama Ini Aku Diperbodohkan Oleh Keluarganya & Bapa Saya Dimanipulasi’ – Uqasha Senrose Pertikai Tarikh Akad & Sijil Nikah Berbeza
Keliru

Pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, menjelaskan dia langsung tidak tahu tentang satu majlis yang dikatakan berlangsung pada 4 November 2021.
Katanya, pada malam kejadian dia sebenarnya sedang sibuk membuat persiapan bersama keluarga.
Pada malam 4/11/2021 saya tengah buat persiapan dengan keluarga dan saya tidak tahu belah sana (Kamal) ada buat majlis tanpa pengetahuan saya.
Kalau saya kata saya tidak setuju, bagaimana?
Kenyataan itu sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat yang rata-ratanya cuba memahami maksud sebenar pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu.
‘Memang tidak faham’ – Netizen


Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warganet mengakui kurang memahami kenyataan yang dibuat oleh Uqasha sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dan teka-teki.
Sebelum ini, Uqasha meraih perhatian apabila mendedahkan tentang percanggahan antara tarikh majlis akad nikahnya dengan tarikh yang tercatat pada sijil perkahwinan.
Uqasha menyatakan bahawa dia dan suami, Kamal Adli dinikahkan pada 5 November 2021 namun tarikh yang tertera pada sijil nikahnya adalah pada hari sebelumnya, iaitu pada waktu malam.
Sumber: Threads








