berita

‘Saya Tikam Dia 2 Kali Lagi Di Leher..’ – Berang Dihina Hodoh, ‘Sugar Daddy’ Bunuh Kejam Instafamous Russia

August 5th, 2019 | by faris
Kini Trending

Seorang doktor jelita dari Russia, Ekaterina Karaglanova ditemui mati dalam keadaan mengejutkan apabila mayatnya dijumpai di dalam sebuah bagasi di apartmennya, minggu lalu.

Penemuan itu menggiatkan usaha pihak polis untuk menjejak dalang di sebalik kematain Ekaterina yang juga seorang influencer di laman Instagram.

Dihina hodoh

‘Sugar daddy’ Russia, Maxim Gareyev mendakwa dia dan Ekaterina telah menjalin hubungan seks sebelum dia menikam wanita itu sekurangnya 5 kali di leher dan dada menggunakan pisau dapur. Maxim juga mendakwa jelitawan itu telah menghinanya kerana tidak mampu memuaskan nafsunya dan tidak sekaya kekasih sebelum ini.

Maxim juga mengatakan wanita itu turut mempersenda rupa dan personalitinya sebagai seorang lelaki.

Dia kata saya hodoh hingga pembedahan plastik pun tak boleh mengubah apa-apa. Saya tak tahan lagi

Cerita detik pergaduhan

Menurut Maxim, setelah ditikam, Ekaterina cuba menyelamatkan diri ke dalam bilik air dan mengunci dari dalam. Dia kemudian menarik wanita itu dari bilik air.

Darah dia menitik. Ketika di koridor, dia mula menjerit. Saya terpaksa menekup mulutnya. Saya menikamnya lagi di dada. Dia berlari ke ruang tamu dan mula melawan saya, tapi saya ketika itu dalam keadaan tidak merasa apa-apa.

Ketika bergelut dia rebah dan saya tikam dia lagi 2 kali, di leher, dia mengalami kekejangan dan akhirnya mati.

Tambah lelaki itu lagi, dia menganggap Ekaterina sebagai seorang pekerja seks dan mendakwa telah membayar £130 (RM659) sejam untuk servis berkenaan. Turut dilaporkan Maxim memberitahu penyiasat dia bertemu dengan Ekaterina sekali sebelum ini untuk tujuan sama.

Sumber: NY Post, The Sun, BBC

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×