Sebelum ini, pelakon Farid Kamil, mendedahkan bahawa dirinya merupakan pelakon kelima yang dipilih oleh pihak produksi untuk diberi kepercayaan membawa watak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 (PMX) iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam filem Anwar, The Untold Story.
Artikel Berkaitan: Jumpa Di Hotel Sebelum Berlakon, Acha Septriasa Kagum Sifat Keibuan Wan Azizah – ‘Dapat Bekal Makanan & Tasbih’
Artikel berkaitan: Farid Kamil Pelakon Kelima Dipilih, Sanggup Disekat Produksi Lain Demi Bawa Watak Dalam ‘Anwar, The Untold Story’
Menerusi sidang media filem Anwar, The Untold Story di W Hotel, Farid turut memberitahu dia pernah disogokkan rasuah berjumlah RM5 juta, sama seperti yang dilalui oleh tokoh politik tersebut.
Mempunyai persamaan
Ujar Farid, persamaan itu jugalah yang menjadi faktor dia menyokong perjuangan Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Saya sokong perjuangan Datuk Seri Anwar apabila apa yang berlaku pada diri dia, pernah juga berlaku pada diri saya pada tahun 2017. Ketika itu saya pernah dirasuah sebanyak RM5 juta, tapi saya tolak. Akibat daripada itu, sangat buruk. Saya rasa semua orang tahu dulu rasuah berleluasa di Malaysia.
Siapa yang terima duit itu akan selamat dan siapa yang tidak ambil, mereka akan diperlakukan seperti pesalah. Itulah yang berlaku kepada saya apabila tidak ambil rasuah tersebut.
Kesan menolak rasuah, orang gunakan kita untuk menjatuhkan kita. Itulah persamaan Anwar Ibrahim dan Farid Kamil. Mungkin Perdana Menteri Ke-10 ini boleh menukarkan masalah ini dengan sistem lebih baik.
Tambah Farid, dia berasa bertuah apabila diberikan mandat untuk memegang watak Anwar.
Saya juga rasa berbangga apabila menjadi antara empat pelakon dari Malaysia yang dipilih.