Selepas beberapa siri percintaan, akhirnya penyanyi popular Yuna telah pun mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihannya iaitu Adam Sinclair. Bagi yang mengikuti perkembangan Yuna mungkin anda tahu bahawa dia dan Adam sudah lama berkawan. Mereka juga lebih senang untuk tidak menghebahkan hubungan mereka itu.
Sabtu lepas merupakan hari bersejarah untuk Yuna dan dia berkongsi kegembiraanya di Tumblr. Ucapan yang dimuat naik telah mendapat lebih 20k perkongsian di Twitter dimana ramai yang terharu dengan ucapan tersebut.
‘Saya jatuh cinta dengan kawab baik saya..’
Dalam Tumblr Yuna berkata dia jatuh cinta dengan rakan baiknya (Adam). Adam tak mengejar cintanya sebab Adam mempunyai perasaan ragu-ragu. Maknanya Adam sangat berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Adam tidak mengeluarkan kata-kata manis tetapi dia sentiasa menjawab panggilan telefon. Adam juga tidak kecoh untuk menyebarkan kisah cinta dengan Yuna di sosial media.
Adam tidak meletakkan Yuna sebagai pilihan nombor satu kerana dia mempunyai keluarga, anak saudara lelaki dan perempuan yang cantik, adik beradik, tentang kesihatan dan juga cara hidupnya.
Adam tidak cemburu apabila Yuna mempunyai atau bergaul dengan rakan lelaki kerana dia ingin Yuna berkembang. Adam juga tidak kisah Yuna mempunyai 2juta pengikut di sosial media, apa yang Adam tahu ialah Yuna mempunyai 10 kawan rapat dan tahu nama setiap seorang daripada mereka.
Adam bersifat jujur dan matang
Adam tidak ingat tajuk lagu-lagu Yuna, tetapi dia ingat tarikh hari jadi anak saudara perempuannya. Rakan-rakan akan sentiasa bersamanya bila Adam perlukan mereka sebelum Yuna datang dalam hidup Adam.
Adam tidak akan selalu bersetuju dengan pendapat Yuna. Bila salah, dia akan bagitahu bahawa Yuna salah dan jika betul, dia akan menyokong.
Selama ni Yuna ingatkan bahawa cinta adalah seperti lelaki akan sentiasa memberitahu betapa cintanya dia terhadap pasangan, buat kejutan beri bunga di hadapan rumah, menulis surat.. Tapi Adam pula ingin membuktikan bahawa dia adalah lelaki terbaik untuk dirinya, keluarganya serta dunianya. Segala perkara yang dilakukan, Adam akan sentiasa memberitahu dan berkongsi dengan Yuna.
Dalam segala perbualan, Adam akan memberitahu perasaan cintanya terhadap Yuna. Yuna adalah rakan baik Adam dan oleh sebab itu, Yuna adalah wanita paling bertuah dalam dunia.
Sumber: Twitter