Diberi tanggungjawab menggalas tugas sebagai juri tetap program Raise The Star, penyanyi, Shila Amzah memberitahu akan bersikap tegas dalam mengadili persembahan para peserta.

Artikel Berkaitan: Shila Amzah Jawab Dibayar Dalam Mata Wang Dollar? – ‘Alhamdulillah’

Artikel Berkaitan: Shila Amzah Jadi Juara Mingguan Pertandingan ‘Singing With Legends’ Di China, Layak Terus Ke Peringkat Akhir

Tegas dalam kelembutan

Shila atau nama lengkap Nurshahila Amir Amzah, 35, berkata, berkaitan soal kerja terutama bidang menyanyi dia tidak boleh bersikap acuh tidak acuh kerana mutu persembahan sangat dititikberatkan.

Namun, Shila tetap menjaga batas dan tidak melulu memarahi peserta jika melakukan kesilapan.

Saya tidak pernah menjadi juri tetap dalam mana-mana pertandingan di Malaysia, jadi ini juga merupakan cabaran dan pengalaman baharu untuk saya.

Saya tidak tahu macam mana nak letakkan ekspetasi pada diri sendiri, tetapi dalam perihal kerja saya seorang yang tegas.

Jika saya tidak mendapatkan sesuatu yang saya mahu itu, saya boleh emosi, itu bercakap dari sudut kerja. Kerana kita tahu untuk ‘sustain’ dalam idustri bukan satu hal yang mudah.

Saya yakin akan terkeluar juga sisi tegas ketika menjadi juri, dalam kelembutan ada ketegasan. Saya tidak akan sesuka hati marah, kerana saya tahu perasaan menjadi peserta program nyanyian.

Shila berkata demikian ketika ditemui di sidang media Raise The Star yang diadakan di sekitar ibu kota, baru-baru ini.

Rehat terbang ke China

Dalam pada itu, pelantun lagu Patah Seribu ini memaklumkan akan berehat seketika terbang ke China untuk memberi fokus kepada program tersebut.

Saya dah maklumkan kepada pengurusan saya untuk menolak dahulu tawaran nyanyi di China untuk memberi fokus kepada program ini.

Saya tidak boleh nak patah balik Malaysia – China kerana waktu itu sangat padat. Saya akan rehat sehingga Ogos.

Selain Shila, kerusi juri turut dibarisi Ajai, Ikhwan Fatana, Audi Mok dan Aina Abdul.