berita

‘Saya Yakin Dia Akan Balik’ – Selepas 3 Minggu Diamkan Diri, Isteri Acap Akhirnya Buka Mulut

April 16th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Setelah bisu dari memberi sebarang kenyataan media, akhirnya, isteri kepada Ashraf Hassan tampil meluahkan isi hatinya. Hamizah Ramli kongsi saat-saat terakhir sebelum suaminya itu keluar rumah untuk ke acara larian Gopeng Ultra Trail.

Dia macam biasa sebab…

Menurut laporan Metro Online, isteri kepada Acap menyifatkan pada hari kejadian suaminya tidak menunjukkan sebarang reaksi pelik. Acara larian ini bukan kali pertama disertai oleh Acap.

Dia macam biasa sebab ini bukan acara pertama kali disertainya, untuk larian ini, baru pertama kali dia sertai.

Saya yakin suami akan balik dan selamat, itulah doa saya tanpa henti, setakat ini masih belum ada apa-apa perkembangan terkini, doakan suami saya.

Setiap hari saya cakap macam itu

Sebelum ini turut tersebar mengenai berita memaklumkan mereka mempunyai masalah keluarga dan Hamizah Ramli  meluahkan rasa kecewa dan menjelaskan perkara itu adalah fitnah.

Semua yang baik saya anggap doa, yang tak baik saya positif, mungkin itu cara Allah SWT nak tambah pahala suami saya, mungkin mempercepatkan suami saya dijumpai.

Saya cuba positifkan diri, masa inilah dugaan Allah SWT itu datang dari pelbagai sudut, sentiasa ambil positif, bersangka baik dengan Tuhan.

Lebih menyedihkan lagi, apabila anak mereka, Aisyah sering bertanyakan mengenai ayah.

Dia memang rapat dengan daddy dia, setiap hari cari tapi saya tetap positif, saya cakap daddy balik malam ini. Setiap hari saya cakap macam itu, kata-kata kita pun satu doa.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×