berita

Sayang Nak Cukur Jambang, Zul Ariffin Sanggup Botak Kepala

October 20th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Zul Ariffin mempamerkan karakter berbeza dalam filem Talbis Iblis semata-mata untuk menghidupkan watak Nasir.

Artikel Berkaitan: Kaki Nasha Aziz Bengkak, Zul Ariffin Tak Sengaja Jatuhkan Gari Besi – ‘Saya Tahan Air Mata’

Jadi buruk

Ketika ditemui OhBulan!, Zul menyatakan dia tampil dengan wajah buruk dan berparut. Pemilik nama Zulkifli Ariffin akui tidak kisah ‘lari’ daripada memegang watak sinonim seperti menjadi lelaki maskulin.

Saya okey saja jadi buruk, cuma sebelum ini tak pernah langsung ditawarkan dengan perkara sebegini, jadi macam mana saya nak buat.

Orang pun mungkin tak terfikir saya boleh buat (jadi buruk).

Produksi tak suruh saya tukar imej, cuma saya sendiri yang fikir. Watak saya jadi pembantu kepada Nasha Aziz dengan imej yang elegan, jadi saya kena wujudkan personaliti yang bertentangan.

Kena botak kepala

Kata aktor berumur 37 tahun ini, setiap hari dia terpaksa mencukur kepalanya supaya mudah disolek dengan wajah buruk melecur kesan terbakar.

Biarpun empat jam terpaksa menunggu untuk menghasilkan solekan khas, pemenang trofi Aktor Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-31 sanggup menyahut cabaran itu.

Dalam filem ini, ada babak muka saya terbakar ketika muda. Kalau tidak, tak adalah muka saya buruk.

Saya sayang nak cukur jambang. Sebab saya sendiri dah bayangkan watak Nasir ada jambang. Jadi saya tampil dengan idea mencukur kepala.

Setiap hari saya kena cukur rambut, kalau tidak, kesan solekan susah nak melekat. Saya okey sahaja walaupun mencabar juga kena mekap selama empat jam.

Ini pertama kali dalam hidup saya disolek selama empat jam. Paling lama pernah saya lalui dalam hidup.

Filem Tablis Iblis mengisahkan seorang gadis dikenali sebagai Hajar yang dihantar ke sebuah tempat jauh dari kota untuk melahirkan bayi secara rahsia.

Seorang bidan, Mak Ju menjaga Hajar, namun dia mempunyai perancangan lain terhadap gadis itu.

Selain Zul, filem arahan Kabir Bhatia turut menampilkan pelakon hebat lain antaranya Nasha Aziz, Azira Shafinaz, Sherie Merlis, Jay Iswazir dan ramai lagi.

Diterbitkan Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures (M), A Next Start Production dan MM2 Entertainment, filem Talbis Iblis bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia dan Singapura mulai hari ini (20 Oktober).

SKIP THIS AD ×