Semua sedia maklum pereka baju terkenal, Datuk Jovian Mandagie merupakan menantu kepada Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri. Sempena menghargai barisan hadapan Covid-19, Jovian tampil dengan rekaan gaun PPE (Personal Protective Equipment) yang boleh dikatakan agak cantik dan esklusif sehingga mendapat perhatian ramai. Kalau tengok dari hasil dia, memang sayang nak buang!
Siap ada manik
Our first shipment of PPE is out. Thank you JMteam for your effort on this good deeds. Thank you juga tak pasang manik kat collar PPEs tu. Semua tangan dah geram.
Gaun yang dihasilkan khas buat ‘Frontliner’ yang bertugas sepanjang Covid-19 ini berjaya menarik perhatian ramai netizen sehinggakan ada yang nak beli. Apa lebih menariknya, selain dari digunakan untuk keselamatan diri, gaun PPE ini juga direka khas oleh team Jovian sendiri bagi menghargai mereka yang berjuang dengan wabak ini.
Cantik sangat ni!
Kami telah memutuskan untuk menghasilkan gaun PPE putih untuk barisan depan kami sebagai simbol hati mereka yang bersih dan murni. Apabila kita semua duduk dirumah dengan selamat, mereka berada di sana memerangi pandemik ini dengan segala kekuatan mereka! Ini adalah apa yang boleh kita lakukan untuk para pahlawan kita yang berani dan berani sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan mereka. Mempersembahkan JM PPE Gowns!
Menurut Jovian Mandagie, konsep gaun PPE ini adalah sebagai simbol hati mereka yang bersih dan murni. Memang cantik, tak hairanlah kalau ramai rasa sayang nak buang kan?
Diberi kepada abang rider
Gaun PPE ini bukan sahaja diberi kepada hero-hero di hospital, malah diberi juga kepada rider Dominos. Memang bertuah sungguh! Gaun PPE ini menerima pujian orang ramai kerana hasilnya yang sangat cantik dan ikhlas.
Dipuji ramai
Sumber : Jovian Mandagie