berita

Sayang Punya Pasal, Sanggup Pinjam Ahlong RM20k Nak Bagi Kekasih Buat ‘Modal’ Bisnes Tapi Sudahnya..

July 10th, 2019 | by faris
Video Popular

Kerana cinta, seorang wanita sanggup menggadai maruah diri dan wang ringgit demi membuktikan kasih sayang kepada lelaki bergelar biawak hidup. Gara-gara janji manisnya, si kekasih bergolok gadai berhutang dengan ceti haram untuk lelaki tersebut.

Tak mampu lagi bertahan, wanita berkenaan membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang kemudiannya menyerbu kediaman pasangan terbabit.

Mengaku bersekedudukan

Video berdurasi 4 minit 21 saat itu memaparkan serbuan dijalan skuad PPIM di rumah tempat pasangan kekasih itu tinggal bersama. Lelaki terbabit yang kelihatan beranduh dan bahagian kakinya juga berbalut dihentam oleh dua lelaki dipercayai keluarga kekasihnya sebelum dibawa masuk ke dalam rumah.

Ditanya berapa banyak duit kekasihnya telah dibelanjakan sebelum ini, lelaki biawak hidup itu mendakwa ada memberikan sebahagian gajinya kepada wanita terbabit. Namun, apabila disoal bagaimana kekasihnya mengalami kekurangan wang, dia menjawab tidak tahu-menahu mengenai hal itu.

Setelah disoal siasat, pasangan terbabit mendedahkan mereka sudah lama tinggal bersama dan meluahkan perancangan untuk bernikah. Walaubagaimanapun rancangan berkenaan tidak diketahui si ibu wanita yang turut hadir.

Lebih mengejutkan wanita itu menceritakan dia terpaksa meminjam daripada ah long untuk menanggung si lelaki sehingga pasangannya itu menerima ugutan daripa peminjam haram berkenaan.

Tidak mampu menahan geram, ibu wanita terbabit menghentam kekasih anaknya dengan beg tangan setelah mengatakan RM20 ribu duitnya telah lesap dibelanjakan lelaki itu yang kononnya mahu memulakan perniagaan sendiri.

Sumber: Youtube TV PPIM

The following two tabs change content below.