berita

‘Sayu Bila Kami Gilir Waktu Ibadah Di Malam Hari’ – Ustaz Ebit Kagum Cara Norman Hakim Bimbing Keluarga Ke Jalan Allah

September 2nd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew (UEL) berkongsi detik perjumpaannya dengan pelakon, Norman Hakim ketika majlis Ta’lim di rumah baru-baru ini.

Artikel Berkaitan : ‘Fitnah Yang Kejam’ – Isu Dakwaan Gangguan Seksual, Ustaz Ebit Lew Maafkan Semua

Artikel Berkaitan : Kes Gangguan Seksual: Pendakwah Terkenal Dipanggil Polis Ke Bukit Aman

Sebak dengar bacaannya

Terharu bila melihat abang @normanhakim_786 dengan anaknya Hafiz Al-Quran @danishhakimofficial. Waktu solat jadi sebak dengar bacaannya. Lagi sayu bila kita gilirkan waktu ibadah pada waktu malam. Supaya setiap masa malam dihidupkan dengan amal. Waktu misi taawun umat dan kasih sayang. Sekali terlihat abang Norman dan anaknya beribadah berdua. Last terlihat abang Norman baring diriba anaknya yang sedang baca Al-Quran. Terus rasa sedih. Makan satu dulang dengan anak kadang-kadang suap-suap. Abang Norman buat Ta’lim rumah bersama keluarga.

Menurut Ustaz Ebit, dia berasa sebak sebaik sahaja melihat cara Norman Hakim membimbing keluarganya ke jalan Allah. Tambah Ustaz Ebit, dia berasa sebak sebaik sahaja mendengar bacaan Danish ketika solat. Ustaz Ebit turut berdoa agar setiap ahli keluarga dapat berkasih sayang seperti keluarga tersebut.

Rindu dekat Murabbi

Allahu saya yang sebak tengok ni?Rindu dah kat Ya Murabbi @ebitlew? Bila bercerita dan berkongsi ilmu, tak pernah lekang dari mulut Ustaz bercerita kisah para nabi terutama Rasulullah s.a.w dan para sahabat.Sambil Ustaz bercerita,visual minda sentiasa dapat membayangkan perjuangan & pengorbanan Baginda s.a.w untuk kesenangan kita pada hari ini.

Kadang-kadang keluar air mata bila terasa dekat sangat Baginda s.a.w dengan kita walaupun dah 1400 tahun meninggalkan kita. Semoga kita semua mendapat syafaat Baginda bila tiba masanya nanti. AL-FATIHAH buat Baginda Rasullullah s.a.w,keluarga baginda dan para sahabat?

Norman Hakim turut memuat naik posting yang sama dan berterima kasih kepada Ustaz Ebit kerana sudi berkongsi ilmu dengannya. Tambah Norman, Ustaz Ebit turut menghadiahkan kepadanya kitab Muntakhab Ahadis dan kitab Fadhilat Amal untuk mereka sekeluarga mengimarahkan semula Ta’alim dirumah.

Mohon halalkan setiap ilmu yang diijazahkan buat saya dan anakanda @danishhakimofficial? Mohon halalkan juga segala makan minum kami? Semoga Ya Murabbi @ebitlew dan team sentiasa dibawah rahmat serta kasih sayangNya untuk terus istiqomah di dalam menjalankan tugasan dakwah, kebajikan dan sentiasa dilindungi dari bahana fitnah akhir zaman Aamiin Ya Rabb?

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×