berita

Nak Naik Berat Senang Tapi Nak Turun Punyalah Susah! Cuba 5 Tips Mudah Ni!

September 21st, 2018 | by Nurul
Sponsored Post

Kredit: waterlogic

Kalau kita lihat pada zaman sekarang, manusia dah makin tak peduli dan pandang remeh untuk jaga kesihatan diri. Bagi mereka, selagi tak sakit, tak payahlah jaga kesihatan.

Rakyat Malaysia secara umumnya, cenderung untuk mengamalkan gaya hidup yang tak aktif. Asyik duduk je. Bila dekat office, buat kerja sambil duduk, dalam kereta pun duduk lagi, lepas tu bila sampai rumah terus duduk depan tv. Memang harapanlah nak bersenam macam tu.

Faktor pemakanan pun main peranan tau. Kalau korang asyik makan makanan yang tak seimbang dan tak bersenam korang berisiko untuk dijangkiti penyakit seperti obesiti, kardiovaskular dan kanser kolon. Takutnya!

Nah, 5 tips untuk mengelakkan penyakit-penyakit ini sekaligus boleh mengawal berat badan kita..

Makan dengan betul!

Orang Malaysia ni suka betul makan fast food tau. Korang tahu tak fast food ni adalah makanan yang diproses dan tak sihat. Seeloknya, ambil sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh untuk memastikan pengambilan serat yang mencukupi.

Paling bagus, dalam setiap hidangan wajibkan ada sayur-sayuran atau ulaman. Barulah seimbang!

Banyakkan bergerak!

Kredit: Merdeka.com

Haa..kalau asyik duduk je, manalah nak sihat kan. Kenalah rajin bersenam dan banyakkan pergerakan. Barulah keluar peluh tu.

Kalau korang takde masa, korang boleh amalkan senaman ringkas dan mudah seperti elakkan naik lift, sebaliknya naik tangga ataupun letak kereta di tempat yang jauh supaya korang boleh berjalan sambil bersenam sebelum ke tempat kerja.

Kawal berat badan

Kredit: stevesimons.org

Nak naik berat memang senang, tapi nak kawal berat tu sangatlah susah! Memang kena betul-betul disiplin dan nekad.

Yelah, berat badan berlebihan ni bukan saja menyusahkan pergerakan kita, tapi boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan. Jadi, lebih baik kita mencegah sebelum terlambat dengan mengawal berat badan.

Caranya, korang kena sentiasa pantau apa yang korang makan, makan makanan yang berkhasiat dan makan pada waktu dan cara yang betul,  barulah boleh kekalkan berat badan yang optimum.

Rajinkan diri buat pemeriksaan

Kredit: Jabatan Perdana Menteri

Bila kita jarang sakit, kita selalu rasa diri kita sihat dan tak ada penyakit. Ramai orang menganggap yang pemeriksaan kesihatan ni hanya untuk orang yang berpenyakit je, salah tau!

Korang tau tak, kita sepatutnya menjalani pemeriksaan dan ujian kesihatan sekurang-kurangnya dua kali setahun. Masa ni, barulah kita boleh kesan sekiranya kita ada penyakit berbahaya seperti kanser dan bolehlah cegah serta rawat dari awal.

Amalkan konsep ‘Suku Suku Separuh’

Korang pernah dengar tak konsep ‘Suku Suku Separuh’ apabila makan? Haa..konsep ‘Suku Suku Separuh’ ni bermaksud, korang isi pinggan korang dengan satu perempat protein, suku hidangan karbohidrat dan separuh pinggan buah-buahan atau sayur-sayuran untuk serat yang mencukupi.

Barulah seimbang makanan yang korang ambil untuk sehari-hari. Tapi, lagi bagus kalau korang lebihkan sayur-sayuran dan cuba jadikan ia sebagai diet harian korang dengan pelbagaikan menu masakan.

Nak lagi mudah, jom tengok video idea masakan ‘Sayur Labu Campur’  dari Ajinomoto ni. Check this out!

SKIP THIS AD ×