Pernah tiba-tiba dapat OTP pelik? Atau mesej promosi dari aplikasi yang anda tak pernah langgan? Kalau ya, korang mungkin dah jadi mangsa scam tanpa korang sedar!

Sekarang ni, scammer dah semakin bijak dan power. Mereka menyamar jadi bank, syarikat kurier, malah platform shopping favourite korang. Sekali pandang, memang nampak macam real!

Ayuh Uji ‘Scam Radar’ Korang Sekarang!

Kami dah sediakan 10 soalan mudah, tapi penuh dengan ‘jerat’ popular yang scammer kerap gunakan. Cuba jawab dan tengok sejauh mana korang boleh survive dunia penuh penipuan ni!

Klik di SINI untuk menjawab kuiz ini.

Dah Buat Kuiz? Betul Tak Scammer Zaman Sekarang Ni Bukan Biasa-Biasa!

Dulu scammer mungkin pakai ayat skema, sekarang siap guna emosi, panik, dan tawaran lumayan untuk jerat mangsa. Lebih merisaukan, ramai yang sudah terkena sebabnya:

  • Klik link tanpa fikir panjang
  • Percaya panggilan palsu dari ‘pegawai bank’
  • Terlalu excited bila dapat “hadiah misteri”

Tapi korang tahu tak, selain berhati-hati, korang juga kena ada ‘senjata rahsia’ untuk lindungi diri dalam dunia digital sekarang ni?

Bagaimana Nombor Telefon Korang Mampu ‘Terlepas’ Kepada Scammer?

Setiap kali korang isi nombor untuk order online, daftar aplikasi atau join giveaway, besar kemungkinan nombor tu akan tersebar. Bila dah tersebar, mulalah dapat call pelik, OTP random dan SMS iklan tak henti-henti.

Tapi korang jangan, ada caranya untuk lindungi nombor peribadi korang sekarang.

Kenali PrivateSIM Dari CelcomDigi – Line Kedua Untuk Lindungi Privasi Korang

Bayangkan ada second number khas untuk shopping, daftar aplikasi, terima OTP dan semua benda yang biasanya korang malas nak kongsi nombor sebenar. Inilah fungsi PrivateSIM dari CelcomDigi!

Serendah RM10 sebulan
eSIM-powered (tak perlu tukar SIM kad!)
Dapat 1GB data + 20 minit panggilan PERCUMA sebulan
Khas untuk pelanggan CelcomDigi Postpaid 80 dan ke atas

Kenapa Perlu Guna PrivateSIM?

  • Lindungi nombor utama korang – Gunakan PrivateSIM untuk isi borang, daftar promo atau cuba aplikasi baru. Nombor sebenar? Masih boleh digunakan!
  • Shopping tanpa spam – Tak payah pening kepala dengan mesej promosi daripada jenama atau syarikat yang tidak langgan dan ketahui.
  • Banking lebih selamat – OTP hanya sampai ke PrivateSIM. History nombor utama korang kekal bersih.
  • Boleh digunakan untuk jangka masa pendek – Korang boleh aktifkan dan matikan ikut keperluan.

Tapi ingat! PrivateSIM tak halang link scam atau panggilan palsu. Korang tetap kena hati-hati dengan apa yang korang klik atau siapa yang korang jawab.

Nak Hidup Lebih Tenang dan Private? Ini Jawapannya!

Dengan hanya serendah RM10 sebulan, PrivateSIM berpeluang membantu korang untuk kekal selamat bila shopping online, daftar akaun baru atau join promo. Tak perlu risau lagi nombor phone bocor atau diganggu scammer.

Ketahui lebihl anjut mengenai PrivateSIM daripada CelcomDigi dengan klik di SINI. ‘Stay private, stay connected’.

Lagi Real, Lagi Ngeri – Saksikan Kisah Sebenar Mangsa Scam Siber!

Pernah menjadi drama popular di TV3, Kisah Benar kini kembali dengan mengetengahkan isu-isu yang sedang trending pada ketika ini melibatkan scam siber.

Program yang penuh dengan pengajaran serta menampilkan realiti sebenar ini memang sesuai ditonton buat semua lapisan umur khususnya bagi melindungi diri dan keluarga.

Nak tahu lebih banyak taktik penipuan yang memang berlaku depan mata kita? Jangan lupa tonton Kisah Benar: Scam Siber

Saluran: TV3
Tarikh Siaran: Setiap Selasa, jam 9:02 malam
Tempoh: 1 Julai – 23 September 2025