Pelakon dan pengacara, Scha Al Yahya mendapat perhatian warganet apabila dia mengenakan anting-anting yang didakwa berbentuk salib ketika menghadiri majlis sidang media pengenalan Finalis Herodewi Remaja baru-baru ini.
Artikel Berkiatan: Scha Al Yahya Buktikan Sokong Pales*** Tak Jejas Hubungan Dengan Jenama Antarabangsa – ‘Saya Tolak Undangan Ke Majlis Mereka Cara Baik’
Artikel Berkaitan: Awal Ashaari & Scha Al-Yahya Janji Bawa Anak Pergi Jepun Kalau Puasa Penuh
Ditegur warganet
Menerusi video yang dimuat naik oleh sebuah portal hiburan, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean dilihat sedang ditemu bual oleh pihak media seusai acara tersebut.
Namun di ruangan komen hantaran berkenaan ia dibanjiri dengan persoalan warganet tentang anting-anting yang dipakai oleh pelakon itu.
Terkejut aku tengok subang Scha.
Ya. Itu lambang ‘cross crosslet’, salah satu lambang salib. Mungkin dia tak tahu atau tak peka.
Kadang-kadang benda macam ini kita kena lebih berhati-hati walaupun nampak macam sama.
Bukan salib
Tidak berdiam diri, pelakon filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa ini tampil menepis dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa ia adalah logo sebuah jenama antarabangsa.
Bukan salib, tapi x logo Off White. Sekian.
Dalam pada itu, terdapat segelintir warganet yang turut menjelaskan bahawa anting-anting tersebut bukan berbentuk salib selain menegur dakwaan yang sengaja ditimbulkan itu boleh menjadi fitnah kepada Scha.
Fikirlah secara logik, takkan dia nak pakai salib. Bentuk salib bukan macam itu.
Salib bentuk tiang tengah tu panjang, bukan empat sama. Jangan isukan nanti jadi fitnah.
Itukan bukan tanda salib. Kalau tanda salib dia satu panjang dan satu pendek. Yang dia pakai itu sama panjang.