berita

Sean Lee Rancang Tamatkan Zaman Bujang? Serahkan Kepada Orang Ramai Cari Siapa Kekasih Hati

January 19th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Sean Lee

Pelakon dan pengacara, Sean Lee akui ada perancangan untuk menamatkan zaman bujang di usia yang muda.

Artikel Berkaitan: Try Hard Tiru Jung Kook BTS, Netizen Minta Sean Lee Jadi Diri Sendiri – ‘Jangan Menari Kalau Tak Pandai’

Artikel Berkaitan: Siapa Kata Size Doesn’t Matter, Mesti Tak Pernah Try Corntoz Terbaru Ni! Confirm Puas Weh Kalau Makan!

Kahwin muda?

Sean Lee

Ketika ditemui OhBulan!, Sean, 30, bagaimanapun berkata dia perlu menangguhkan niatnya itu terlebih dahulu kerana perlu menyelesaikan banyak perkara melibatkan kerjaya seninya.

Saya memang ada perancangan hendak kahwin. Dari muda lagi memang hendak kahwin awal, tapi kena lihat dulu bagaimana. Kalau ada rezeki dan semuanya berjalan lancar, saya akan teruskan.

Tak tahu lagi (sama ada tahun ini atau tidak), kena lihat dulu bagaimana sebab banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya ketika ini. Jadi, saya perlu mengatur semuanya terlebih dahulu.

Sean berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pengumuman Top 5 Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2023 di Dadi Cinema Pavilion, Kuala Lumpur pada Rabu.

Sementara itu, ketika disoal mengenai status terkini, Sean memilih untuk merahsiakan hal tersebut dan enggan berkongsi kepada umum. Menurutnya dia lebih selesa untuk tidak bercakap mengenai hal peribadi kerana tidak mahu dijadikan bahan jenaka orang ramai.

Berkenaan status saya, itu saya serahkan kepada kalian untuk mencari tahu. Bukan saya tak berbangga dengan apa yang ada dalam hidup ini, tapi saya mahu simpan untuk diri sendiri. Kenapa saya perlu cerita kepada seluruh dunia?

Banyak yang kita kongsi pun, kadang-kadang ia tidak dihargai seperti yang dimahukan. Jadi, orang tak kisah dan mereka hanya mahu bercakap mengenainya sahaja.

Saya tak mahu kehidupan peribadi dipermainkan di luar, jadi lebih banyak orang jangan masuk campur mengenainya. Kalau orang mahu tahu dan saya mahu berkongsi, itu tiada masalah.

Dalam pada itu, pelakon drama Sweet Dreams itu berkata dia menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan.

Itu bukan dalam kawalan saya dan memang akan serahkan kepada Tuhan untuk putuskan apa yang sepatutnya dalam hidup saya.

Saya cuma mahu buat yang terbaik untuk hidup, jaga kesihatan dan menikmati kehidupan yang tenang.

SKIP THIS AD ×