berita

Sebab Kenapa Muka Korang Nampak Lebih Berminyak Lepas Pakai Moisturizer

July 22nd, 2019 | by Farisha Hazira
Kini Trendy

Korang pernah tak pakai moisturizer tapi muka korang jadi lagi berminyak lepastu? Tak selesa kan? Pastu muka nampak shiny sangat! Bila dah jadi macam ni, tunggu jela nanti naik jerawat lagi banyak kan. Bila muka dah start berjerawat, mula lah rasa down :(

Tak apa korang jangan risau, harini Sis Katy nak share pula dengan korang kenapa muka boleh jadi lebih oily lepas pakai moisturizer. Lepas ni boleh lebih berhati hati kan kalau nak try moisturizer baru! 

1. Korang Salah Pilih Moisturizer

Benda ni boleh jadi juga sebab kadang-kadang ada segelintir dari kita tak tau skin concern kita apa so, kita main hentam je beli moisturizer apa-apa. End up nanti muka makin berminyak :(

a) Ingredients

Untuk muka berminyak, korang tak digalakkan untuk beli moisturizer yang terlampau occlusive sebab nanti muka rasa padat sangat dan rasa berminyak. Muka kita dahlah sedia maklum berminyak, nanti jadi makin berminyak :(

Contoh ingredients yang occlusive yang biasa kita nampak ialah petroleum jelly, beeswax & lanolin.

b) Texture

Korang better beli moisturizer yang ada effect mattifying ataupun gel moisturizer. Elakkan dari beli cream based sebab cream ni dia lagi berat dan sesuai untuk kulit kering.

2. Pakai Moisturizer Banyak Sangat!

Korang tak perlu pakai moisturizer banyak sangat dekat muka, sebab nanti dia akan jadi berminyak. Korang ikut panduan gambar ni je :D

3. Moisturizer Korang Tak Sesuai Dengan Produk Lain

Korang mesti pernah kan pakai moisturizer tapi dia jadi macam dalam gambar ni? Ni nama dia pilling, dia akan jadi macamni kalau korang pakai oil based serum sebelum pakai moisturizer. Oil based serum tu akan ganggu penyerapan moisturizer dalam kulit korang.

4. Tunggu Lama Sangat Lepas Cleansing

Kalau boleh, lepas cuci muka korang terus pakai skincare sebab bila korang tunggu lama sangat muka korang akan rasa dehydrated dan tu punca muka korang berminyak.

Haa.. sekarang dah tau kan sebab-sebabnya? Lepas ni, korang kena lebih berhati-hati dalam memilih moisturizer dan jangan degil sangat pakai skincare lambat-lambat lepas cuci muka.

Korang jangan lupa untuk follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang trendy dan terkini.