berita

Sebab PKP, Kamal Adli & Uqasha Senrose Kena Tangguh Majlis Kahwin Di Pusat Peranginan

June 14th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Pelakon Kamal Adli terpaksa menangguhkan rancangannya untuk berkahwin bersama tunangnya Uqasha Senrose yang sepatutnya bakal bernikah pada minggu hadapan, namun, akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 mereka terpaksa menangguhkannya.

Tangguh majlis perkahwinan

Ahmad Kamal Ahmad Adli atau lebih dikenali sebagai Kamal Adli mengatakan bahawa dia bersama Uqasha telah merancang untuk mengadakan majlis akad nikah serta resepsi di sebuah pusat peranginan tetapi perlu ditangguh kerana tidak mahu ada isu mengenai majlis perkahwinan mereka.

Buat waktu sekarang, kita tangguh dulu (perkahwinan) kerana tak mahu nanti ada isu-isu berbangkit. Kita hormat lockdown, bila dah dibenarkan merentas negeri (yang saya pun tak tahu bila), kita akan kahwin seperti yang dirancang.

Jelasnya lagi, dia bersama Uqasha telah membayar segala bayaran bagi majlis perkahwinan mereka itu dan mereka enggan bernikah secara online atau majlis yang hanya boleh hadir seramai 30 hingga 40 orang sahaja kerana ia tidak boleh menjadikan momen-momen terindah buat mereka.

Sebab apa? Sebab, kita dah bayar semuanya. Memang tak boleh pull out (tarik balik) duit. Seperkara lagi, saya nak majlis kahwin kami menjadi satu peristiwa yang saya dan isteri akan kenang sampai ke akhir hayat.

Tak naklah nikah online ke apa atau yang boleh datang 40-30 orang. Apa yang nak dikenang nanti. Pada waktu sama, kita hormat lockdown dan tunggu kes COVID-19 negara reda.

Laksanakan perkara wajib dahulu jika kes tidak surut

Kalau bukan disebakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 atau ‘total lockdown’ dia bersama bakal isterinya akan bernikah pada minggu hadapan, namun tiada rezeki.

Walau bagaimanapun, Kamal mengatakan jika kes COVID-19 di negara kita masih tidak surut lagi, dia bersama bakal isterinya akan melaksanakan perkara yang wajib dahulu.

Kalau lockdown ini berlanjutan panjang sangat, saya mungkin akan memilih buat apa yang wajib dahulu iaitu bernikah. Sekarang ini, kita tangguh dulu dan tengok macam mana keadaan.

Kamal juga turut mengatakan yang dia enggan menimbulkan masalah kerana membuat majlis ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan serta dia menghormati kesusahan orang lain.

Sumber : Kosmo

SKIP THIS AD ×