berita

‘Sebak Juga Sebenarnya Tengok Daddy Orang Lain Yang Pujuk & Peluk Dia’ – Rita Rudaini

April 25th, 2019 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Pelakon Rita Rudaini seorang ibu tunggal yang sering memuat naik gambar dan video perkembangan anak-anaknya di laman Instagram. Terbaru, Rita telah memuat naik satu video mengenai hari sukan sekolah anaknya. Video tersebut berjaya mencuri tumpuan netizen apabila anaknya Airit Rayyan kelihatan sedang menangis sambil dipeluk oleh seorang lelaki. Sedihnya!

Nasib ada orang pujuk


Menerusi video tersebut, anaknya kelihatan sedang menangis kerana rumah sukan yang diwakilinya memperoleh tempat kedua. Menurut Rita, sepanjang Rayyan belajar di sekolah berkenaan, rumah sukan tersebut selalu menjadi juara. Sedih dengan keputusan tersebut, anaknya menangis. Nasib baik daddy rakannya pujuk dan peluk apabila melihat kejadian itu.

Foto hari sukan

Antara foto yang dikongsikan Rita bersempena hari sukan sekolah anaknya.

Reaksi netizen

Rakan artis dan netizen turut sebak melihat video yang dikongsikan oleh pelakon tersebut. Mereka meminta anaknya itu supaya bersabar terhadap keputusan tersebut.

Sumber : Rita Rudaini

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×