berita

Sebaknya! Sorakan Istimewa Buat Atlet Khas Malaysia Dengan Menggunakan Teknologi 5G Ini Memang Gempak Wehh!

July 17th, 2023 | by Syakilla Marzuki
Insiprasi

Macam yang korang semua tahu, pada Jun baru- baru ini, Sukan Olimpik Khas Dunia telah diadakan di Berlin khusus buat atlet yang mempunyai kurang upaya intelek. Dalam Sukan Olimpik Khas tersebut, seramai 14 atlet telah memenangi empat pingat emas, lima perak dan sembilan gangsa sekaligus menjadikan ianya satu pencapaian terbaik Malaysia.

Wahhh! Min rasa mereka ni memang layak untuk dapat sorakan daripada kita semua di atas kemenangan dan pencapaian mereka seperti mana kita menyokong pasukan bola sepak negara dan sukan-sukan lain di Malaysia kan? 

Eh, korang tau tak teknologi 5G pada hari ini memang hebat tau! Tambah-tambah lagi bila min dapat tau yang U Mobile adakan satu inisiatif yang mampu menceriakan dan memberi semangat buat Atlet Olimpik Khas kita dalam pencapaian yang mereka peroleh! 

Sorakan buat atlet melalui siaran langsung di stadium!

Kebanyakan Atlet Olimpik Khas ini mempunyai kurang upaya intelek, mereka berada dalam spektrum autisme dan biasanya dipengaruhi oleh beban deria. Jadi, bila kita nak beri sorakan kepada atlet ini pun mestilah dengan cara yang tidak akan memudaratkan mereka kan?

Jadi, bila min tengok idea dan kaedah teknologi 5G U Mobile buat ni, min rasa sebak! Tak sangka dengan teknologi macam ni, mereka boleh ajak orang ramai untuk menyampaikan rasa cinta dan sorakan buat atlet-atlet tersebut melalui siaran langsung di dalam stadium. 

Nak tengok gempak ke tak gempak? Korang boleh check it out video dekat bawah ni:

 

Fuhhh! Power betul kan! 

Atlet juga dapat merasakan sorakan dalam persekitaran yang terkawal

Ha…kalau korang sendiri pernah tak terfikir nak buat sorakan yang real dalam stadium tu tanpa memudaratkan Atlet Olimpik Khas ini? Memang tak lah kan! 

Dah la mereka sensitif dengan bunyi, cahaya, suhu dan sebagainya. Tapi dengan teknologi ni, Atlet Olimpik Khas mampu merasai sendiri sorakan dalam persekitaran yang lebih terkawal dan mengasyikkan lagi. 

Dari sini korang boleh nampak U Mobile berusaha sehabis baik untuk menghubungkan rakyat Malaysia dengan atlet-atlet ini walaupun dengan cara yang agak berbeza. 

Kehebatan teknologi hari ini menyatukan kita semua!

Ternyata ini adalah bukti bahawa fungsi sebenar teknologi bukanlah untuk memecah belahkan kita, malah ia menyatukan kita semua. Dengan teknologi seperti ini juga, ia dapat memberikan yang terbaik untuk semua jenis perkhidmatan termasuklah kepada manusia. 

Inisiatif dari U Mobile ini sangat bermakna buat mereka. Walaupun hadapi cabaran hidup, mereka cekal untuk menentang segala kemungkinan yang berlaku. 

Jom sama-sama kita terus tunjukkan sokongan kepada Pasukan Olimpik Khas Malaysia kerana mereka adalah wira yang mempamerkan semangat yang sebenar. Tapi sebelum tu, jangan lupa untuk tonton video penuh sorakan istimewa buat atlet-atlet ini tau! 

Untuk maklumat lanjut mengenai Sukan Olimpik Khas ini, korang boleh layari laman web INI dan baca sendiri kisah mereka di SINI untuk dijadikan inspirasi! 

SKIP THIS AD ×