berita

Sebar Foto, Video Aksi Intim Dengan Isteri Orang Di Facebook, Lelaki Maut Ditetak Guna Sabit

September 14th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Padah menyebarkan foto dan video tidak senonoh isteri orang, seorang lelaki dilaporkan maut akibat ditetak menggunakan sabit oleh suami wanita terbabit pada 8 September lalu.

Mangsa sebar gambar aib isteri suspek

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Fajar Indonesia Network, suami wanita terbabit dikatakan bertindak sedemikian kerana berdendam dengan tindakan mangsa yang menyebarkan foto dan video lucah isterinya di media sosial. Meskipun perkara tersebut sudah lama berlaku, tetapi suspek masih menyimpan dendam sehingga akhirnya dia nekad membunuh mangsa.

Semasa soal siasat, suspek mendakwa dia tidak berniat mahu membunuh mangsa dan insiden tersebut berlaku secara tiba-tiba selepas dia terserempak dengan mangsa.

Semasa kejadian, saya berada di sekitar kedai gunting rambut. Dia tidak mengenali saya tetapi saya kenal dia melalui gambar intim dia bersama isteri saya di media sosial. Jadi saya terus menikam dia.

Dakwa suspek lagi, mangsa dikatakan sering memuat naik dan menyebarkan foto bogel dan aksi intimnya bersama isteri suspek di Facebook. Tidak terhenti di situ, mangsa pernah mengugut wanita itu berhubung penyebaran foto dan video aib tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Sampang iaitu AKBP Arman mengesahkan motif kejadian adalah disebabkan dendam. Pihak polis turut merampas sabit dan pakaian yang digunakan suspek dalam kejadian tersebut.

Sumber: Fajar Indonesia Network

SKIP THIS AD ×