Selepas teruk dikecam netizen gara-gara memakai seluar jenis lateks hitam yang ketat, pengacara Hawa Rizwana tampil bersuara mengenai kontroversu itu.
Artikel Berkaitan: Hawa Rizwana Pakai Seluar Ketat Lagi, Netizen Mengucap Panjang – ‘Jangan Tenggelam Dengan Arus Populariti’
Angle kamera
Ketika ditemui OhBulan!, Hawa memohon maaf kerana memakai pakaian yang tidak sesuai dengan imej berhijab. Kata Hawa, 27, dia akan lebih berhati-hati selepas ini supaya pisang tidak berbuah dua kali.
Tentang isu pakaian saya baru-baru ini, sebenarnya baju yang saya gayakan itu labuh. Cuma gambar yang saya kongsikan dalam media sosial diambil dari sudut yang tidak sesuai. Jadi nampak tidak sopan.
Saya mohon maaf dan akan lebih berhati-hati dalam soal pemilihan pakaian selepas ini. Memang saya rasa tidak seronok bila pakaian yang saya gayakan tidak disenangi.
Tambah pemilik nama Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, dia adalah insan biasa yang masih belajar untuk menjadi lebih baik.
Memang saya pernah ditegur sebelum ini tentang bab berpakaian. Saya masih lagi belajar untuk menjadi lebih baik. Sejujurnya saya tiada niat untuk buat sesiapa sahaja sakit hati.
Hawa berkata demikian ketika majlis pelancaran koleksi Rizman Ruzaini RR Cruise 22/23 di RR Flagship Store di Shoppes Four Season Place, pada Selasa.
Terima teguran
Dalam pada itu, hos program MeleTOP ini menerima segala teguran dengan hati terbuka di samping mengucapkan terima kasih atas keprihatinan masing-masing.
Kalau rasa rasa teguran itu boleh jadikan saya manusia yang lebih baik, kenapa tidak? Saya pun tidak mahu jadi suri teladan yang tidak baik.
Saya juga akan lebih berhati-hati untuk berkongsi sesuatu dalam media sosial. Terima kasih pada mereka yang menegur.
Sebelum ini, Hawa mengenakan seluar hitam kulit ketat yang dipadankan dengan baju-T berwarna gelap beserta jaket ketika menghadiri sebuah acara yang bertemakan rock.
Sumber: Instagram @hawarizwana