Pelakon jelita, Anna Jobling mendedahkan dia mempunyai perancangan untuk menunaikan ibadah umrah pada tahun hadapan.

Artikel Berkaitan: #OhBulanTutupChapter23: Anna Jobling, Amir Ahnaf & Mierul Aiman Antara BBNU Populariti Mencanak Naik

Artikel Berkaitan: ‘Tidak Timbul Isu Rampas Merampas, Saya & Anna Tiada Hubungan Istimewa’ – Meerqeen

Doakan

Menerusi hantaran di akaun @14arcv, Anna Jobling atau nama sebenar Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, mendedahkan perancangan tersebut ketika membuat ‘live’ di TikTok.

Ada sebenarnya Anna nak pergi umrah tahun depan. Insya-Allah, doakan.

Dalam pada itu, ada peminat yang bertanya mengenai ciri-ciri lelaki yang Anna inginkan. Namun, pelakon berusia 23 tahun itu, menyatakan tidak mahu mencari teman atau sesiapa buat masa ini.

Saya tidak mahu mencari lelaki. Saya tidak mahu mencari sesiapa.

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan semoga urusan Anna untuk menunaikan umrah pada tahun hadapan tercapai dan dipermudahkan segala urusannya.

Video

https://www.tiktok.com/@14arcv/video/7313477724176174342?_r=1&_t=8iJUh39CpF9

Sumber: TikTok