berita

‘Sebiji Macam Nenek Rosmah..’ – Anak Disamakan Dengan Ibu, Ini Respon Azrene

January 29th, 2020 | by faris
Kini Trending

Penyanyi Dato’ Fazley Yaakob sebelum ini pernah mendedahkan dia tidak berputus asa untuk menjernihkan kembali hubungan antara isterinya Datin Azrene Ahmad serta ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor. Malahan, Fazley juga masih membuat ucapan hari ibu buat mentuanya suatu ketika dulu.

Satu pos di Instagram Azrene menerima komen yang seolah cuba memprovokasi hubungan anak-beranak berkenaan, namun dibalas dengan tenang oleh Azrene.

Anak bongsu disamakan dengan Rosmah

Seorang individu dengan nama Madam_Nelly meninggalkan komen menyamakan anak perempuan Fazley, Alayna Selma, dengan Rosmah. Menurut pengguna Instagram itu, Alayna mempunyai iras Rosmah dan kelihatan pintar dan cerdik.

Sebiji macam nenek Rosmah, kecil-kecil dah nampak pintar dan cerdik, mana tumpah kuah kalau tak ke nasi, tengoklah besar nanti mesti jadi ahli politik yang berjaya.

Dia boleh jadi apa sahaja

 

Enggan melatah dengan komen sedemikian, Azrene membalas komen itu dengan kenyataan dia sebagai ibu memberi kebebasan kepada anak bongsunya itu menentukan hala tuju hidup sendiri. Ibu empat anak itu juga berkata Alayna tidak perlu mengikut telunjuk sesiapa selain meminta netizen mendoakan kebaikan untuk Alayna.

Dia boleh jadi apa yang dia mahukan. Biar dia tentukan sendiri. Dia tak perlu ikut telunjuk sesiapa. Kita doa yang baik-baik sahaja ya madam.

Yang penting kita jangan sebut-sebut apa yang tak perlu disebutkan. Tolong hormati orang dan hidup mereka. Terima kasih.

Sumber: Azrene Ahmad

 

 

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×