berita

Sedang Tunai Umrah, Shahidan Kassim Dikenakan Waran Tangkap Kes Cabul Remaja

November 9th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Sebelum ini media melaporkan satu kes cabul yang melibatkan seorang bekas menteri yang didakwa mencabul kehormatan seorang remaja bawah umur di dalam kereta. Persoalan terjawab apabila nama Datuk Seri Shahidan Kassim adalah individu yang dimaksudkan.

Shahidan kemudiannya tampil mengesahkan telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung kes cabul remaja bawah umur itu.

Shahidan luar kawasan

Gambar hiasan

Dalam perkembangan terbaru, Mahkamah Sesyen Kangar pada Jumaat mengeluarkan waran tangkap terhadap  Shahidan kerana kegagalannya hadir untuk menghadapi pertuduhan dipercayai kes itu.

Waran itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen, Johari Abu Hassan susulan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Nordin Ismail.

Bagaimanapun, peguam Shahidan, Syed Muhamad Anwar Syed Lokman Hakim membantah pengeluaran waran itu kerana anak guamnya dan dia sendiri tidak dimaklumkan mengenainya lebih awal.

Saya hanya mendapat tahu pengeluaran waran ini semasa berada di mahkamah pagi ini, sedangkan anak guam saya berada di luar kawasan.

Tidak lari ke mana-mana

Pihak peguam Shahidan itu dilaporkan akan memohon semula kepada mahkamah untuk membatalkan waran tangkap itu.

Kes berprofil tinggi seperti ini perlulah dimaklumkan lebih awal, apatah lagi melibatkan ahli politik.

Shahidan tidak lari ke mana-manapun kerana beliau menetap di Perlis. Waran tangkap hanya dikeluarkan jika beliau melarikan diri.

Berdasarkan update status terbaru Shahidan pada Ahad, Ahli Parlimen Arau itu kini berada di Mekah untuk menunaikan umrah.

Sumber: Free Malaysia Today

 

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.

Most Read Today