berita

‘Sedap Nak Mampos!’ – Netizen Tergamam Gadis Ini Boleh Menyanyi Lagu ‘Kuch Kuch Hota Hai’ Sebijik Sama!

September 20th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Buat korang yang meminati filem Hindustan, pasti korang pernah menonton filem ‘Kuch Kuch Hota Hai’ lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol, kan? Meskipun sudah 21 tahun filem tersebut ditayangkan, jalan cerita mahupun lagu daripada filem tersebut masih diingati dan menjadi kegilaan ramai.

Menerusi Twitter Najia, gadis tersebut memuat naik satu rakaman video rakannya yang sedang menyanyi lagu Hindustan. Gadis yang dikenali sebagai Roshini Balachandran, mendapat perhatian netizen kerana keunikan suaranya yang meniru penyanyi asal lagu ‘Kuch Kuch Hota Hai’. Serious sedap!

Kawan I nyanyi sedap gila

Video berdurasi 0:30 saat itu munjukkan Roshini, sedang menyanyikan lagu runut filem ‘Kuch Kuch Hota Hai’ nyanyian asal Udit Narayan. Walaupun baru sehari video itu dimuat naik oleh rakannya, hampir 200k tontonan setakat ini.

Jika dilihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pujian terhadap bakat yang dimiliki oleh mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ini. Menurut netizen, suara pelajar diploma Fakulti Muzik dan Seni Persembahan ini agak mirip dengan penyanyi asal selain memuji rupa paras gadis itu.

Make a youtube channel girl!

Sumber: Najiaaaxx & Roshini Bala

SKIP THIS AD ×