berita

‘Sedih Sebab Dah Berkali-Kali Tegur Berkaitan Aurat Tapi Macam Tak Diendahkan’ – Netizen

May 2nd, 2019 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Mempunyai wajah dan susuk tubuh yang menarik, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sering menjadi tumpuan netizen. Menerusi Instagramnya, dia telah memuat naik satu foto lawatannya ke Sabah untuk tujuan membangunkan sukan di kawasan luar bandar.

Namun, foto yang dimuat naiknya itu menjadi kontroversi apabila netizen mempersoalkan tentang auratnya yang memakai seluar pendek ketika menaiki bot. Wow YB!

Sukan luar bandar

Menerusi Instagram, Syed Saddiq telah membuat satu lawatan khas ke Sabah untuk memajukan sukan luar bandar di negeri berkenaan. Menurutnya, dia akan membangunkan gelanggang bola keranjang yang dilengkapi bumbung serta peralatan yang secukupnya buat golongan muda di kawasan tersebut. Dengan adanya kemudahan tersebut, golongan muda boleh berekreasi pada waktu malam.

Mohon tutup sikit aurat

Menerusi foto yang dimuat naik Syed Saddiq, rata-rata netizen meninggalkan komen tentang auratnya. Mereka meluahkan rasa kecewa terhadap dirinya dan memohon supaya dia menjaga auratnya. Menurut netizen, sebagai seorang pemimpin dia perlu tahu mengenai hal tersebut.

Melampau kecam

Walaupun majoriti netizen kecam foto berkenaan, masih ada lagi netizen yang meninggalkan komen positif dan memberi sokongan terhadap Syed Saddiq termasuk abangnya, Syed Abdullah.

Sumber: Syed Saddiq

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×