berita

Sedih Tak Dapat Teman Ibu Jalani Pembedahan, Harris Annuar Mohon Doa Netizen

September 8th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Ibu kepada pelakon, Harris Annuar iaitu Zaiton Hassan telah dimasukkan ke sebuah hospital bagi menjalani pembedahan. Berita tersebut dikongsikan oleh Harris menerusi akaun Instagramnya.

Be strong mummy!

Doakan kesihatan ibu saya ye! Hari ini mummy terpaksa operate demi kesihatan mummy. Sedih sebab aboy tak dapat nak teman mummy hingga ke operation theatre sebab shooting. Thank you kakya temankan mummy! @nadiaannuar! Be strong mummy @lagendakakton aboy loves you! Cepat sihat ye mummy.

Meskipun tidak mendedahkan mengenai penyakit yang dialami oleh ibu tercinta, Harris berkata ibunya terpaksa melakukan pembedahan demi kebaikan pada masa akan datang. Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen mendoakan agar ibu Harris selamat menjalani pembedahan dan kembali sihat seperti sedia kala.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

Sumber: Harris Annuar

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×