Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan mendedahkan dirinya menghidap penyakit ‘autoimun’ seperti ‘Alopecia Areata’ yang sekian lama dirahsiakannya daripada orang ramai.
Artikel Berkaitan: Elizabeth Tan Tak Kisah Merempit Dengan Suami, Mengaku Dua-Dua Tiada Kereta
Artikel Berkaitan: Terkejut Tengok Elizabeth Tan Kongsi Gambar Panas Post Wedding Dengan Suami
Hidap ‘autoimun’ sejak kecil
Elizabeth Tan atau lebih mesra disapa Lizzy memberitahu, penyakit yang sudah lama dialaminya itu sering mengakibatkan dia mempunyai masalah kulit. Tambahnya lagi, penyakit Alopecia atau masalah keguguran rambut kritikal itu sudah pun meragut keyakinannya sejak 2018 lagi.
Saya alami ‘autoimun’ sejak berusia setahun yang menyebabkan saya menghadapi masalah kulit. Pada 2018, autoimun menjadi penyebab saya mengalami Alopecia. Akibatnya saya mengalami tompokan botak di rambut dan kadang-kadang ia merebak menjadi lebih besar.
Menurut penyanyi berusia 29 tahun ini, penyakit yang dihadapinya itu tidak boleh disembuhkan malah setakat ini, sudah 12 kali penyakit itu menyerang dirinya. Ujarnya lagi, dia hanya mampu bergantung dengan ubat sapuan steroid.
Masalah ini tiada penyembuh, jadi saya hanya bergantung kepada krim steroid untuk menghentikan tompokan botak itu daripada merebak. Sehingga kini, sudah 12 kali Alopecia terjadi. Setiap kali tompokan botak baru timbul, saya rasa sedih dan tertekan. Penyakit yang tiada penawar ini boleh menyebabkan saya hilang bulu kening dan bulu mata.
Sumber: Media Hiburan