berita

‘Sedikit-Sedikit, Lama-lama Jadi Bukit’. Jom Menyimpan Dengan BSN Untuk Masa Depan Yang Lebih Cerah.

February 15th, 2022 | by Syamirul
Kini Trending

Bank Simpanan Nasional (BSN) memang sudah cukup sinonim dengan rakyat Malaysia kan?

Yelah, BSN mempunyai 390 cawangan di seluruh Malaysia dan dikenali oleh para pelanggan sama ada di bandar mahupun luar bandar sejak penubuhannya. Ini selaras dengan visi BSN iaitu “Tiada rakyat Malaysia yang ketinggalan”.

Korang tahu tak yang BSN sentiasa komited untuk menggalakkan tabiat menyimpan dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda.

Memang tak sia-sia menyimpan dengan BSN ni tau. Jom kita tengok apa yang best sangat dengan BSN ni!

Banyak inisiatif yang ditawarkan oleh BSN untuk pelanggan mereka!

BSN bukan sahaja tempat untuk simpan dan keluarkan duit, tapi macam-macam lagi perkhidmatan yang mereka sediakan bagi semua pelanggan BSN. Hebat kan!

Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh BSN ialah Ejen Bank BSN (EB BSN). Korang tau tak apa itu EB BSN?

Haaa…EB BSN ni merupakan ejen bank yang dilantik secara rasmi oleh BSN untuk membantu korang dalam membuat transaksi perbankan asas macam pembayaran bil, pembukaan akaun, pengeluaran tunai dan macam-macam lagi jika tiada Cawangan BSN yang berdekatan. Bagus kan!

Bukan itu je, BSN kini turut menawarkan perkhidmatan Cawangan Bank Bergerak (CBB) di Sabah dan Sarawak yang memberi fokus kepada penduduk di kawasan pedalaman. Jadi, penduduk di kawasan yang tiada bank tak perlu lagi ‘travel’ jauh-jauh ke pekan yang terdekat untuk mendapatkan perkhidmatan perbankan, CBB BSN akan datang ke kawasan korang!

Mudahlah lepas ni korang nak keluarkan duit  atau memerlukan fast cash  kerana CBB pun menawarkan perkhidmatan perbankan seperti pengeluaran tunai, pembukaan akaun dengan kad ATM, deposit tunai, pemindahan wang, pembelian BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP), tambah nilai, pembayaran tanpa tunai dan pembayaran bil.

Jap, ada lagi produk BSN yang lain tau iaitu BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP). Haaaa…. BSN SSP ni merupakan salah satu flagship product BSN untuk semua pelanggan mereka. Ia merupakan produk patuh syariah.

Yang lagi best,  produk simpanan ini telah melahirkan seramai 71 orang jutawan dari tahun 1978 sehingga Disember 2021 tau. Selain itu, korang boleh memenangi pelbagai hadiah menarik setiap bulan menerusi Cabutan BSN SSP. 

Terdapat pelbagai kategori yang ditawarkan, yang mana penyimpan seawal umur 12 tahun ke atas pun layak untuk menyertainya.

Mesti korang tak sabar nak jadi sebahagian daripada pelanggan BSN kan?

BSN dan Anda!

BSN sememangnya sebuah bank yang diperakui oleh rakyat Malaysia kerana tak kiralah di mana sahaja pelanggan berada, BSN komited dalam memastikan saluran perkhidmatan Perbankan mereka mudah diakses dan komprehensif demi masa depan kewangan yang lebih baik buat para pelanggan. #BSNDanAnda.

Untuk info lanjut, korang boleh layari laman web BSN, Facebook, Instagram dan Tik Tok!

SKIP THIS AD ×