berita

Seekor Demi Seekor Ikan Puyu Mati, Wanita Ini Terkejut Bila Dapat Tahu Sebenarnya Disihir!

January 30th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Dek kerana hasad dengki dan cemburu dengan kebahagiaan orang lain, ada juga manusia yang tergamak menggunakan cara halus atau ilmu hitam semata-mata mahu melihat orang tersebut menderita.

Di Facebook, Puan Shahila berkongsi kisah dia dan suami terpaksa menanggung derita selepas terkena buatan sihir oleh manusia yang tidak berhati perut.

Ikan asyik mati

Sekadar gambar hiasan

Okey ramai yang dm aku dok tanya pasal ikan puyu aku mati sebab apa. Okay di hari Jumaat yang mulia nie, sat aku story tapi panjang sikit laaa noh, hampa bacalah kisah aku nie, tak minta banyak minta hampa doa bagi Allah permudahkan segala urusan aku dunia akhirat ja. Mana nak taw salah satu doa dari hampa Allah angkat. Amin. Bermulanya minat laki aku nak bela ikan beta, so aku pun  tak boleh jadi kena juga bela ikan juga. Aku pon bela laa ikan puyu, sebab mudah bela tak perlu pakai gas. Tapi aku mesti kena sama, so aku bela 2 ekor ikan puyu dan laki aku 2 ekor beta. Nak dijadikan cerita ikan beta laki aku mati sama ikan puyu aku pon mati juga wei. Fikir elok-elok maybe ikan kami bela terbagi makanan lebih or panas sebab letak atas coway. Masa nie pon hati aku tak sedap dah, sebab aku dok mengusik anak aku yang kecil sekali dia takut sampai qiyauu (menangislaa) ketar-ketar.

Okey aku pon mengadu kat ayah aku wei, ikan mati. Ayah aku pon bagi 5 ekor sebagai ganti. Lepas 2 hari ikan puyu aku mati lagi wei 5 ekor. Aku pon kata kat laki aku, something wrong dah nie. Pastu ikan puyu tu aku nak amik cuci dia, sebab kesan darah keluar kot mulut dia. Sambil pasang surah yasin dan Al Bakarah. Allah maha kuasa wei, ikan puyu sekoq kodek, hah hidup lagi seekor. Tak apa laa tapi teruk wei dia kena habis merah-merah dan biru kat badan dia, mata pon buta. Pagi bangun dari tidur tengok mati juga ikan puyu tu. Kesian ikan puyu tu. Lepastu aku dan laki aku pun ambil jemur nak bagi kering. Nak tengok nka jadi apa lepas nie. Dok esok tu aku tengok ikan puyu yang laki aku jemur punya elok. Yang ikan puyu aku pulak ulat keluar seekor jatuh dari perut. Aku memang tak boleh fikir apa, fikir nak mati ja.

Menurut Shahila, dia dan suami membela ikan beta dan ikan puyu di dalam rumah. Pada suatu hari, mereka terkejut  apabila kesemua ikan yang dibela itu sudah mati. Sebagai manusia biasa, mereka mempunyai tanggapan bahawa ikan tersebut mati kerana terlebih makanan mahupun keadaan cuaca yang agak panas pada masa tersebut. Namun begitu, kejadian yang sama masih berulang meskipun, mereka sudah menggantikan ikan yang baru.

Lebih teruk, ikan puyu yang dibela itu mengeluarkan darah dari mulut. Manakala seekor lagi pula, telah menjadi butan. Badan ikan tersebut juga telah bertukar menjadi merah dan kebiruan.

Orang hantar sihir

Sekadar gambar hiasan

Alhamdulilah, dalam masa yang sama Allah gerakkan hati kakak dan sahabat yang baik suruh pi perubatan Islam. Allah wei mengucap panjang aku memang kena sihir orang hantar wei. Aku tak kaya pun wei, naik wira buruk ja. Jual durian crepe pun untuk tolong suami ja dan beli kemahuan aku. Awat hang kejam sangat. Aku tak pernah kacau hidup orang, yang aku tahu aku hanya jual durian crepe dan bundle saja. Aku tahu wei, setiap langkah gerak geri aku hang perati. Wahai hamba Allah yang hati hitam, swkali lagi aku nak bagitahu insaflah, baliklah kejalan yang diredhai Allah, Sesungguhnya sihir itu memakan diri sendiri. Aku cuma nak bagitahu aku percaya Allah sentiasa ada dengan aku. Allah tahu aku mampu tempuh ujian nie. Allah maha mengetahui.

Tambah Shahila, dia telah mengikut nasihat kakak dan sahabatnya untuk pergi pusat perubatan Islam. Semasa berubat, Shahila mendapat tahu bahawa dia terkena sihir. Sedih mendengar berita tersebut, Shahila memberitahu bahawa dia tidak pernah menggangu sesiapa dan hanya fokus mengenai perniagaannya sahaja demi membantu suami. Shahila turut memohon agar individu yang melakukan perbuatan terkutuk itu segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Sumber: Puan Shahila

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×