berita

Segala Bentuk Penggambaran Perlu Ada Lesen FINAS Termasuk TikTok & Instagram

July 23rd, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Umum sedia maklum bahawa segala penerbitan filem yang disiarkan di televisyen mahupun panggung wayang perlu membuat permohonan lesen dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Terbaru, menerusi laporan Bernama, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah telah menyatakan bahawa semua penerbit filem termasuk yang menerbitkan filem masing-masing di platform media sosial wajib memohon Lesen Pengeluaran Filem serta Surat Perakuan Penggambaran (SPP).

Mohon lesen tak kira dari agensi mana

Merujuk kepada Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 1981 Seksyen 22 (1), tiada seseorang boleh mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti mengeluar, mengedar dan mempamer filem-filem atau mana-mana gabungan aktiviti-aktiviti yang dinyatakan dalam Seksyen 21 (1) melainkan jika suatu lesen dikeluarkan yang memberi kuasa kepadanya untuk berbuat demikian.

Menurutnya, mana-mana pihak tidak boeh mengambil bahagian dalam mana-mana ativiti berkaitan pembikinan filem melainkan telah mendapat lesen. Keperluan memohon lesen tidak kira sama ada pihak tersebut merupakan dari agensi media arus perdana ataupun media personal.

Bagi memelihari industri filem negara

Di samping itu, kementerian menerusi FINAS juga berfungsi sebagai pengawal selia aktiviti perfileman melalui usaha memelihara dan memajukan industri perfileman berdasarkan Akta Perbadanan FINAS 1981. FINAS mengeluarkan tiga jenis lesen kepada industri perfileman iaitu Lesen Pengeluaran Filem/Video, Lesen Pengedaran Filem/Video dan Lesen Pemameran Filem/Video. Selain itu, FINAS juga menerima, memproses dan mengeluarkan Surat Perakuan Penggambaran (SPP) Sijil Filem Iklan Buatan Malaysia (MIM) dan Surat Sokongan Kemasukan Pekerja Filem Asing (PFA).

Termasuk Tiktok & Instagram

Tambahnya lagi, video di aplikasi media sosial seperti Tiktok dan Instagram juga perlu memohon lesen kerana diklasifikasikan sebagai filem cerita, filem pendek, filem subjek ringkas, trailer , dokumenteri, filem kecil dan iklan. Segala jua rakaman pada apa jenis bahan termasuk pita video berupa arca-arca bergerak sama ada disertai bunyi atau tidak untuk dilihat orang ramai atau mana-mana golongan orang ramai.

Sumber: Bernama

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×