Penyanyi dan komposer, Aina Abdul menegaskan dirinya tidak akan mampu bertahan lama dalam industri seni sekiranya setiap persembahan yang dilakukan hanya bertujuan memenuhi kehendak orang ramai.

Artikel Berkaitan: Eurovision 2026: Aina Abdul Seru Rakyat Malaysia Beri Sokongan – ‘Tak Kisahlah Anda Minat Saya Atau Tidak’

Artikel Berkaitan: Eurovision 2026: Aina Abdul Gementar Jadi Penutup, Netizen Titip Kata Semangat – ‘Save The Best For Last’

Konsep persembahan

View on Threads

Kata Aina atau nama penuhnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 33, setiap konsep yang dipersembahkan selama ini bukanlah untuk memenuhi kemahuan mana-mana pihak sehingga mengetepikan prinsipnya sendiri dalam berkarya.

Segala yang saya persembahkan di pentas AJL sehingga ke hari ini, bukan atas memenuhi kehendak sesiapa.

Aina menjelaskan perkara tersebut susulan perkongsian seorang individu yang berpendapat bahawa setiap persembahannya seolah-olah dilakukan demi memenuhi kehendak orang lain.

Jelas Aina, segala persembahan terhasil daripada karyanya sendiri sebagai seorang anak seni.

Menurut pelantun lagu Bluest Sky itu, konsep karya sedemikian menjadi identiti yang ingin diketengahkan sebagai gambaran keperibadiannya dalam industri seni.

Itu karya, tulisan dan imaginasi saya. Saya tidak akan boleh tahan lama, jika saya hanya ingin memuaskan hati orang,

Percayalah pada saya. Itulah branding yang saya ketengahkan melalui sosok Aina Abdul.

Sumber: Threads