Selepas hujan mesti ada pelangi.
Pelawak dan usahawan Shuib terus-menerus menerima berita gembira mengenai anak keempatnya Ayash Affan yang lahir pramatang pada 6 Ogos lalu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia.
Semalam buat pertama kali Shuib meluangkan masa bersama Ayash Affan di hospital kira-kira selama tiga jam.
Artikel Berkaitan: Sepupu Jadi Ibu Susuan Ayash Affan, Shuib Fikir Masa Depan Anak – ‘Takut Terkahwin Pula Jadi Masalah Nanti’
Artikel Berkaitan: ‘Muka Ayash Affan Macam Daddy Lah Ibu, Memang Special Sangat Hadiah Dari Ibu’ – Shuib
Ayash Affan balik rumah
Terbaru, Shuib, 37, memaklumkan Ayash Affan sudah dibenarkan keluar dari hospital selepas 39 hari dilahirkan.
Apa yang lagi menggembirakan, pemilik nama Shahmira Muhamad menganggap ini adalah ‘hadiah’ dari Allah sempena ulang tahun kelahiran arwah yang jatuh pada hari esok.
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Hadiah hari jadi ibu esok, 15 September. Allah hadiahkan kepulangan Ayash Affan hari ini.
Syukur Ya Allah
Dalam pada itu, usahawan terkenal ini melahirkan rasa syukur dengan susunan yang diatur Allah dan dalam masa sama dia turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang tidak putus mendoakan untuk bayi pramatangnya.
Syukur Ya Allah. Terima kasih pada semua yang mendoakan kesihatan Ayash.
Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia 9 Ogos lalu selepas tiga hadir ditidurkan dan bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Shuib dan Siti Sarah berkahwin pada 2011 dan mendapat empat cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan berusia sebulan.
Sumber: Instagram @shuibsepahtu