
Oleh itu, pelbagai rancangan menarik telah disediakan menerusi TV3, TV9, Tonton, Hot FM, Buletin FM, Molek FM, Primeworks Studios, Berita Harian, Harian Metro, OhBulan, Seismik, Xtra, Sirap Limau, Waktu Solat Malaysia dan Big Tree.
Kisah dunia penyiaran
Kempen Seindah Kasih pada tahun ini menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Mimi Lana, Syafiq Kyle, Siti Saleha, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan dan Syasya Abedul sebagai wajah untuk kempen ini.
Mereka juga turut membintangi filem Tonton original terbaharu, Seindah Kasih The Movie.
Filem ini mengisahkan tentang kehidupan pekerjaan enam orang watak sebagai kakitangan Media Prima di dalam tiga kisah penceritaan yang berbeza. Kesemua karakter yang ditonjolkan kepada penonton adalah untuk memaparkan bagaimana para pekerja di sektor media menjalankan setiap tugasan mereka bagi menyajikan infomasi dan hiburan.
Jalan penceritaan yang berbeza bagi kempen tahun ini bakal memaparkan tentang krisis perhubungan keenam-enam watak tersebut dalam kesibukan bekerja semasa bulan Ramadan.
Lain pula kisah antara Nazmi lakonan Syafiq Kyle yang memegang watak sebagai wartawan akhbar dan sering timbul rasa tidak puas hati terhadap Alia lakonan Mimi Lana yang bekerja di bahagian digital.
Anda nak tahu kisah selanjutnya? Mampukah setiap watak menyelesaikan setiap kemelut hubungan mereka? Jangan lupa untuk saksikan di Tonton, Seindah Kasih The Movie pada 12 April ini!