berita

“Seiring, Sekata” Ajak Rakyat Seimbangkan Perlindungan Kesihatan dan Kelangsungan Ekonomi!

December 9th, 2021 | by Syamirul
Kini Trending

Seperti yang kita sedia maklum, wabak COVID-19 telah memberi impak yang besar dalam kehidupan seharian kita. Bukan setakat itu sahaja, ia juga mendesak kita untuk mengubah struktur ekonomi dan sosial agar kita mampu terus bertahan.

Dalam kita mengemudi hari-hari mendatang, penting untuk kita kekal positif dan berjaga-jaga agar kesihatan diri dan kelangsungan hidup dapat dilindungi.

Sebagai usaha untuk mengingatkan rakyat Malaysia agar terus mematuhi standard operating procedure (SOP) bagi memastikan mata pencarian mereka dapat dijamin, sebuah lagu pesanan awam “Seiring, Sekata” diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Mesti korang tertanya-tanya apa agaknya konsep yang dibawa dalam video muzik “Seiring, Sekata” ni? Jom kita tengok apa maksud tersirat di sebalik lagu ni.

Ada apa dengan “Seiring, Sekata” ni?

Korang tau tak kenapa MITI perkenalkan lagu ni? Haa..tujuan mereka ialah untuk mengingatkan rakyat Malaysia agar sentiasa mematuhi SOP kerana ini adalah kunci untuk memulihkan ekonomi negara.

Mereka juga menekankan konsep pendekatan senegara atau “whole-nation approach” dalam menguruskan kesan pandemik, maksudnya, semua pihak termasuklah kerajaan, pihak swasta dan rakyat perlu untuk sentiasa berkolaborasi.

Korang pun tau kan, kita selalu diingatkan jangan lalai untuk mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian kerana peperangan menentang wabak COVID-19 belum berakhir.

Selama 2 tahun kita berjuang untuk membendungnya, tetapi di tengah-tengah kesusahan dan kegelisahan, ada juga beberapa sinar cahaya, kisah perpaduan sosial, perbuatan yang baik dan contoh amalan bantu-membantu yang dapat menaikkan semangat kita.

Makna utama di sebalik lirik “Seiring, Sekata”

Korang jangan lupa dengarkan lagu ‘Seiring, Sekata’ ini tau, sebab ianya salah satu inisiatif MITI untuk menekankan mesej keseimbangan dalam perlindungan kesihatan dan ekonomi.

Kita patut rasa bersyukur kerana ada pihak yang sentiasa mengingatkan kita tentang betapa pentingnya penjagaan kesihatan untuk kemajuan ekonomi negara.

Lagu hasil nukilan komposer dan penyanyi terkenal Mia Palencia ini menampilkan rapper muda dan berbakat Chubb-e. Menarik kan!

Yang menariknya lagi, lagu ini mengisahkan tentang kepentingan untuk sentiasa kekalkan produktiviti tanpa ketepikan pematuhan SOP bagi memastikan pemulihan ekonomi negara dapat direalisasikan, serta kesihatan diri terjamin.

Bersama-sama kita majukan ekonomi negara!

Sebenarnya bukan mudah tau untuk industri beroperasi dengan norma baharu yang menetapkan pelbagai SOP ketat.

Jadi korang kenalah lebih berdisiplin dalam mengamalkan kehidupan baharu selepas keputusan kerajaan membuka semula sektor ekonomi secara berperingkat ni.

Mana taknya, serangan pandemik ini telah memberi kesan besar terhadap sektor ekonomi negara dan jika tidak ditangani segera akan memberi impak yang lebih buruk.

Tambahan pula, dengan adanya varian baharu iaitu Omicron ni, kita semua perlu sentiasa berjaga-jaga dan ikut sahaja peraturan yang ditetapkan kerajaan. Dapatkan vaksin dengan segera dan terus menjaga SOP masing-masing.

Walaupun semua industri dibuka secara berperingkat, korang kena sentiasa patuh SOP yang ditetapkan untuk melindungi pekerja dan semua orang sekeliling.

Malah, orang ramai perlu menyokong usaha pemulihan ekonomi agar kelangsungan dapat dijamin, seterusnya dapat menjana lebih banyak pelaburan di masa hadapan.

Korang pun kena mainkan peranan dalam menjaga kesihatan diri supaya dapat menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi dan sama-sama membangunkan negara. Barulah dapat menarik lebih ramai pelabur untuk melabur di Malaysia yang bakal mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat negara ini.

Kalau korang nak tahu maklumat yang lebih lanjut boleh lah layari Facebook MITI. Jangan lupa like muzik video “Seiring, Sekata” di Youtube MITI.

SKIP THIS AD ×