berita

‘Sejadah Selimut Arwah’ – Adik Maut Dilanggar Ketika Pulang Dari Masjid, Abang Luah Rasa Sayu

August 26th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Seorang lelaki maut selepas dilanggar sebuah kenderaan ketika pulang dari masjid berhampiran rumahnya di Kampung Mengabang Lekor, Batu Rakit. Mangsa, Mohamad Ammar Lukman pada waktu itu baru sahaja selesai menunaikan solat Asar.

Luahan adik

Dah tak ada orang yang paling happening. Terbayang arwah always kenakan aku, selalu usik aku, selalu buli aku, selalu suruh aku buat air tea O panas, selalu lempar baju yang ada peluh ke aku, suka suruh aku tumbuk dia sebab dia nak berlatih silat. I miss everything.

Rakan-rakan dan ahli keluarga meluahkan rasa sayu dan mengakui pemergian arwah secara mengejut satu kehilangan yang sungguh besar. Arwah juga disifatkan sebagai seorang yang sangat ceria dan menghiburkan.

Sejadah selimut arwah

KEMATIAN MU DICEMBURUI

Arwah baik orangnya. Sangat baik. Semua orang malahan yang tidak mengenali akan berkata benda yang sama, bukan hanya kerana perilaku, akhlak dan peribadi, malahan juga penampilan beliau. Ya Allah 23 tahun Kau pinjamkan dunia untuk Ammar dan sekarang Kau tempatkan beliau untuk menyusul alam abadi. Allahurabbi sungguh mulia pemergianmu. Takziah buat keluarga Muhamad Ammar Lukman bin Roslan. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin.

Selain rapat dengan ahli keluarga, arwah turut disenangi semua rakan-rakan kerana peribadinya yang baik. Malah, abang sulung turut berkongsi keadaan arwah yang seakan tersenyum sewaktu pengebumian.

Amar penghibur keluarga

Allah sayangkan mu adik. Allah lebih sayangkn mu. Amar anak yang baik selalu peluk cium mak ayah. Amar penghibur keluarga. Semua sayang Amar. Ammar pergi dengan cara baik. Pergi Ammar selepas solat dari masjid. Wajah Ammar berseri senyum ketika mandi Ammar. Along jauh ingat tak sempat jumpa Ammar kali terakhir. Alhamdulillah Along sempat jumpa Ammar tengok wajah Ammar cium Ammar. Along tengok wajah Ammar senyum, sejuk seluruh wajah Ammar, pergi Ammar dicemburui orang ramai. Ramai yang datang tengok Ammar. Ammar bukan ahli ulamak bukan ahli kitab bukan ustaz. Ramai yang tengok Ammar sampai kat kubur sampai masa ni orang tak putus-putus mari. Kubur Ammar mudah untuk orang gali tanahnya lembut dari atas sampai bawah. Kubur Ammar luas. Alhamdulillah mulia pemergianmu wahai adikku. Along sebagai abang rasa bangga. Bangga dengan hidup Ammar bangga dengan kepergian Ammar. Semoga Ammar ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Kepada saudara-saudara sahabat-sahabat maafkan arwah jika ada tersalah. Doakan arwah. Al fatihah.
#24.08.2020
#adikkusayang

Sumber : Ahmad Marwan , Ieyma Zahrah , Ira Syamira Adnan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×